“Doktor juga sudah menghentikan ubat tidur untuk mak” Anak kongsi perkembangan terkini Aripah Damanhuri buat ramai mendoakan

Kuala Lumpur: Selepas menunjukkan sedikit tindak balas positif, pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari wad biasa bagi pemantauan lanjut kesihatannya oleh doktor.

“Doktor juga sudah menghentikan ubat tidur untuk mak” Anak kongsi perkembangan terkini Aripah Damanhuri buat ramai mendoakan



Anaknya, Fais Nurpais Ismail dihubungi berkata, dia bersyukur apabila doktor memaklumkan perkembangan ibunya yang sudah menunjukkan sedikit tindak balas sekali gus ada ‘improvement’ berbanding Sabtu lalu.

ARTIKEL MENARIK:“Mak Dh Lama Bersedia Utk Pergi” Luahan Anak Aripah Damanhuri, Dah Sedia Melepaskan Ibu Mereka


“Alhamdulillah, sekarang mak dah dimasukkan ke ICU dari wad biasa untuk pemantauan lebih rapi oleh doktor. Sekurang-kurangnya ada petanda yang bagus sebab doktor nampak mak macam ada harapan untuk sihat dan ‘survive’.

“Sekarang doktor juga fokus untuk rawat mak secara intensif. Malah, dari dua ubat untuk kuatkan j4ntung yang diberikan doktor sebelum ini, dah jadi satu ubat saja serta dos juga dikurangkan. J4ntung mak pun dah boleh bergerak dengan baik.

“Selain itu, doktor juga sudah menghentikan ubat tidur untuk mak dan kini dalam proses nak sedarkan dia secara semula jadi. Tapi, tak tahulah bila mak boleh sedar sama ada hari ini, esok, lusa atau bila-bila masa, memang tak boleh dijangka,” katanya kepada Harian Metro.

Fais berkata kini dia dan keluarga akan memantau perkembangan kesihatan ibunya daripada makluman terkini yang dikongsikan oleh doktor dari semasa ke semasa.

Ujarnya, setakat ini ada perkembangan yang bagus daripada ibunya tapi, masih lagi terlalu jauh untuk memikirkan rawatan lain yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

“Apapun, saya ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan ibu saya dan sentiasa bertanya khabar mengenai perkembangan terkininya. Hanya Allah saja yang membalasnya,” katanya.

“Ini lah satu2 nya Kakak ku Aripah Damanhuri kakak kesayangan ku Dunia Akhirat..Kini berada di ICU telah di tidurkan..mohon semua yang mengenali kak Aripah doakan kesembuhan untuk nya..moga Allah swt perkenankan doa kita semua agar kak Aripah panjang umur dan kembali sihat..Insya Allah Aamiin Aamiin yarobbalalamiin..” tulis Normah Damanhuri

Fais berkata, doktor memberikan dua pilihan kepada mereka sekeluarga.




Anak sudah bersedia dengan pemrgian Aripah Damanhuri

” Pilihan pertama, mak dipindahkan ke wad biasa dengan ubatan yang sedia ada, agar ahli keluarga boleh melawat mak buat kali terakhir sebelum pergi selamanya.

” Atau pilihan kedua, buat dialisis untuk keluarkan semua toks1n dalam badan, namun ris1ko jntung terhenti bila-bila masa adalah sangat tinggi.

” Kami adik-beradik putuskan pilihan pertama. Sebab kami tahu, mak sudah lama bersedia untuk pergi,” katanya.

Tambah Fais, mereka juga kena bersedia melepaskan ibu dan perlu reda dengan apa sahaja yang terjadi.

” Mungkin Allah sudah tetapkan bahagian mak di dunia hanya setakat ini. Jadi, hanya setakat ini sahajalah perjalanan mak.

” Biarlah mak pergi dengan aman seandainya benar inilah waktunya. Biarlah pemergian mak diiringi kasih sayang mereka yang menyayanginya.

” Semoga malaikat Allah mencatatkan betapa kami sudah berusaha sekadar mampu kami untuk kebaikan mak. Mungkin selepas 73 tahun, inilah masanya mak benar-benar berehat dari fitnah dunia,” katanya.

Walaupun begitu, Fais berkata, mereka tidak akan berhenti berharap Allah menyembuhkan ibu mereka.

Sebelum ini, Aripah pernah dua hingga tiga kali memasuki hspital. Kali terakhir, untuk rwatan sak1t g0ut pada awal bulan ini.

Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai karier lakonan ibunya, Fais berkata ibunya sudah lama tidak berlakon.

” Sudah lebih kurang empat hingga lima tahun mak tidak berlakon. Sejak 2016, mak mengalami sak1t badan, jadi kurang mengambil tawaran berlakon kerana tidak larat berjalan.

” Masanya banyak diisi dengan mengikuti program bersama rakan kawan artis dengan membabitkan program anjuran artis veteran dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN),” katanya.

Antara drama yang pernah dibintangi oleh Aripah adalah Airmata Maria (2007),Gerak Khas (2009), Antara Maghrib Dan Isyak (2011), Penyayau Kumang (2011) dan Bintang Hati (2015).

Sementara filem yang dibintangi Aripah pula adalah Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012).

Sumber:bharian

Terdahulu Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu selepas paras oksigen dalam badannya menurun dan terpaksa ditidurkan.

Difahamkan juga, Aripah mengalami jangkitan kum4n dalam d4rah dan sudah mereb4k sehingga menggganggu fungsi organ tertentu di dalam badannya termasuk di bahagian buah pinggang.


Kredit -Trending Sangat

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post