Pegvam SitiBaiinun Kata Cerita BeIIa Disimbah AirPanas Hanya Rekaan Saksi, Dakwa Saksi Kelima, Ayah ‘Dibayar’ Kumpulan Ini

Pasukan pembelaan kes perbicaraan pengabaian dan penderaan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella memberitahu mahkamah hari ini bahawa keterangan saksi pendakwaan yang menyebut Bella dipancut dan dicurah air panas adalah rekaan semata-mata.

Pegvam SitiBaiinun Kata Cerita BeIIa Disimbah AirPanas Hanya Rekaan Saksi, Dakwa Saksi Kelima, Ayah ‘Dibayar’ Kumpulan Ini



Ini memandangkan penapis air di rumah tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali rosak sejak Mac 2021.

ARTIKEL MENARIK:Pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar akan ditutup serta-merta.” – TMJ


Sedangkan tempoh penderaan terhadap remaja tersebut direkodkan berlaku antara Februari dan Jun 2021.

Peguam Nur A’minahtul Mardiah dalam sesi pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood berkata kenyataan saksi bahawa Bella diikat dengan tali dan dibaringkan sebelum dicurah air panas adalah pembohongan kepada mahkamah.


Sebab itu, Siti Bainun kena bawa balik termos dari Rumah Bonda ke kondominium. Setuju?”Yasmin di kandang saksi berkata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

A’minahtul berkata penapis air jenama Cuckoo itu rosak sejak 11 Mac 2021.

“Doktor kata, hanya ada dua kesan parut luka di kepala Bella. Itu pun pertama, kesan geseran sebab gatal mungkin Bella garu.

“Doktor tak ada kata ada kesan dripping (tumpahan) air. Jadi mana datang berita kena pancut, kena simbah air panas ni?,” soalnya.

“Saya nampak,” kata Yasmin.

Selain itu, pasukan pembelaan turut menafikan sekerasnya tuduhan saksi yang sama bahawa mangsa diberikan makan cili hampir setiap hari.Kata A’minahtul, dari lima laporan perubatan terhadap mangsa, tiada satu pun laporan yang mengatakan Bella mengalami kerosakan di dalam perut dan melecur di lidah akibat makan makanan yang terlalu pedas.

Sedangkan, kata pembelaan, berikut merupakan kesan sampingan yang akan ketara sekiranya mangsa benar-benar diperlakukan sedemikian hampir setiap hari.

Bagaimanapun katanya, laporan perubatan tidak mengenalpasti kesan-kesan tersebut pada badan dan dalaman mangsa.

Tambah peguam itu lagi, kenyataan Yasmin mengenai paksaan makan cili juga tidak direkodkan dalam laporan dan keterangan kepada pihak polis.

“Ini penipuan kerana Bella memang tak pernah disuruh makan cili kerana laporan perubatan kata lidah Bella tidak melecur.”

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, 30, tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.


Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, pasukan pembelaan turut mendakwa Yasmin menipu bahawa Bella diikat pada mulutnya hampir setiap hari bagi mengelakkan kegiatan dera oleh Siti Bainun diketahui oleh jiran tetangga.

Ketika sesi pemeriksaan balas, A’minahtul berkata tali untuk mengikat Bella langsung tidak dirampas pihak polis dan kenyataan tersebut juga tidak direkodkan semasa siasatan.

Atas sebab itu, pasukan pembelaan mengatakan kenyataan saksi sekadar rekaan dan cubaan menipu mahkamah kerana tiada kesan berat akibat ikatan dikenalpasti pada pipi dan mulut Bella.

“Yasmin tahu atau tidak, doktor kata tak ada kesan apa-apa pada pipi dan mulut Bella?

“Jadi, cerita Bella kena ikat mulut ini hanya rekaan dan penipuan. Setuju?”

“Tidak setuju,” jawab Yasmin.

Kes Bella: Saksi nafi dibayar untuk beri keterangan palsu [METROTV]

Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dia dibayar untuk memberi keterangan palsu di Mahkamah Sesyen untuk ‘mengenakan’ pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Dalam prosiding hari ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas rumah kebajikan itu mendakwa Yasmin, 19, dan bapanya dibayar di luar mahkamah oleh individu mendesak keadilan untuk remaja sindrom down dikenali Bella atau ‘Justice For Bella’.

Nur A’minahtul bertanyakan dakwaan itu kepada Yasmin yang kemudian menjawab ‘tidak setuju’.

Berikut sesi pemeriksaan balas antara Nur A’minahtul Mardiah dan Yasmin:




Nur A’minahtul: Jumaat lepas, Yasmin ada beritahu dan katakan kepada mahkamah ini bahawa Bella takut dengan Bainun (Siti Bainun), keluar bilik pun tengok kiri kanan, setuju?

Yasmin: Setuju

Nur A’minahtul: Dan Yasmin ada kata dalam video tersebut Bella peluk Siti Bainun paling lama? Setuju?

Yasmin: Setuju

Nur A’minahtul: Yasmin juga setuju bahawa Bella tidak takut dengan Siti Bainun, setuju?

Yasmin: Setuju

Nur A’minahtul: Kenyataan Bella takut dgn Siti Bainun, nak keluar bilik pun tak nak, tengok kiri kanan, Yasmin dapat daripada siapa?

Yasmin: Daripada pemerhatian (sepanjang di rumah itu)

Nur A’minahtul: Saya katakan melalui video tersebut, Bella tidak ada langsung rasa takut kepada Siti Bainun sepertimana Yasmin setuju Jumaat lepas, betul?

Yasmin: Betul

Nur A’minahtul: Dan saya katakan ini adalah penipuan Yasmin ke-11 di mahkamah ini, setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul: Dan saya cadangkan, Yasmin menipu daripada hari pertama beri keterangan di mahkamah ini, yang pertama sebabnya kerana Yasmin mahu memastikan Bainun dimasukkan dalam penjara, setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul: Yang kedua, Yasmin takut kena charge (dakwa) di mahkamah nanti, setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul: Ketiga, ada orang takut-takutkan Yasmin, yang mana katakan Yasmin kalau tak against (menentang) Bainun, boleh dikenakan penjara 20 tahun, setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul: Yasmin juga beri keterangan palsu kerana Yasmin dan ayah dibayar sepertimana disaksikan beberapa individu Jumaat lepas di luar mahkamah ini, wang daripada ‘JusticeofBella’ diberikan kepada ayah Yasmin, setuju?

Yasmin: Tidak

Selain itu, dalam prosiding sama, Nur A’minahtul memberitahu mahkamah bahawa keterangan Yasmin yang mendakwa Bella dipancut dan dicurah air panas adalah rekaan semata-mata.

Ini memandangkan penapis air di rumah tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali rosak sejak Mac 2021.

Nur A’minahtul: Setiap kali Yasmin cerita, Yasmin akan kata ambil air panas daripada Cuckoo, betul?

Yasmin: Betul

Nur A’minahtul: Dan Yasmin juga cakap dalam keterangan pertama ambil daripada Cuckoo sebab sebut ‘hot water’, semasa pihak pembelaan mencadangkan mesin Cuckoo rosak, Yasmin jawab tidak pasti, betul?

Yasmin: Betul

Nur A’minahtul: Soalan saya, Yasmin boleh ingat semua detail terperinci yang berlaku di kondo tersebut, tapi Yasmin tak ingat ke Cuckoo rosak?

Yasmin: Cuckoo tak rosak

Nur A’minahtul: Ingat ke tak ingat soalan saya?

Yasmin: Tak ingat

Nur A’minahtul: Dan Cuckoo ini dah rosak sejak Mac 2021, setuju tak setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul: Tahu ke tidak tahu?

Yasmin: Tidak tahu

Nur A’minahtul: Jadi tidak wujud pun sebenarnya Cuckoo di rumah Siti Bainun dalam keadaan baik, setuju tidak setuju atau tidak tahu?

Yasmin: Tidak setuju

Nur A’minahtul Bermakna guna cawan Ikea, Starbuck tak mungkin boleh terjadi apabila Cuckoo tersebut rosak, setuju?

Yasmin: Tidak

Nur A’minahtul Mardiah berkata, tempoh penderaan terhadap remaja itu direkodkan berlaku antara Februari dan Jun 2021.

Malah, Nur A’minahtul Mardiah memberitahu kenyataan saksi bahawa Bella diikat dengan tali dan dibaringkan sebelum dicurah air panas adalah pembohongan kepada mahkamah.

Nur A’minahtul: Doktor kata, hanya ada dua kesan parut luka di kepala Bella. Itu pun pertama, kesan geseran sebab gatal mungkin Bella garu. Doktor tak ada kata ada kesan dripping (tumpahan) air. Jadi mana datang berita kena pancut, kena simbah air panas ni?

Yasmin: Saya nampak.


Selain itu, pasukan pembelaan turut menafikan sekerasnya tuduhan saksi yang sama, Bella diberikan makan cili hampir setiap hari.

Katanya, lima laporan perubatan terhadap mangsa mendapati tiada satu laporan mengatakan Bella mengalami kerosakan di dalam perut dan melecur di lidah akibat makan makanan yang terlalu pedas.

Katanya, laporan perubatan tidak mengenal pasti kesan pada badan dan dalaman mangsa.

Tambah peguam itu lagi, kenyataan Yasmin mengenai paksaan makan cili juga tidak direkodkan dalam laporan dan keterangan kepada pihak polis.

“Ini penipuan kerana Bella memang tak pernah disuruh makan cili kerana laporan perubatan kata lidah Bella tidak melecur,” katanya.

Sumber Malaysia Gazette viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post