Tindakan Terbaru Yang Dilakukan Oleh TMJ, Bakal Buat Siti Bainun Dan Peguamnya Tak Senang Duduk

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguam-peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) kes penderaan remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Tindakan Terbaru Yang Dilakukan Oleh TMJ, Bakal Buat Siti Bainun Dan Peguamnya Tak Senang Duduk



Katanya, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung tawaran tersebut yang akan membolehkan barisan peguamnya menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma


“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.


Menurut Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Awal hari ini Che’ Puan Khaleeda Bustamam iaitu isteri kepada Tunku Ismail dalam Instagram beliau berjanji berjanji akan mendapatkan keadilan buat Bella.

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella. Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh menyorok di sebaik barisan peguam kamu tetapi karma akhirnya akan datang kepada kamu di dunia dan akhirat.

“Awak pasti akan menjadi contoh pengecut di luar sana,” katanya.

‘Saya akan buat apa saja demi keadilan buat Bella’

Nasib malang menimpa remaja perempuan Sindrom Down, Bella mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Beliau menerusi perkongsiannya dalam akaun Twitter menyatakan akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.




“Saya akan buat apa saja bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

“Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba kepada kamu di dunia mahupun akhirat. Awak pasti akan menjadi contoh kepada pengecut di luar sana supaya tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan sama di masa depan,” katanya di media sosial hari ini.

Kes penderaan Bella yang kini dalam proses perbicaraan mendapat perhatian ramai berikutan pendedahan saksi terhadap kekejaman yang dilakukan kepada kanak-kanak berusia 13 tahun itu.

Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah kanak-kanak itu didera teruk antaranya dipukul, dibogelkan, diikat dengan tali dan dicurah air panas.


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: metro viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post