Kalau dah jodoh tak ke mana, begitulah prinsip yang dipegang penyanyi era 90-an, Shima yang sudah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang bernama Abdullah Rusli.
Perkahwinan kali kelima ini tidak begitu mendapat liputan meluas dari media kerana menghormati permintaan suaminya itu untuk tidak terlalu menghebohkan perkahwinan mereka itu. “Tidak ada rahsia, tidak ada sedikit pun niat untuk sembunyi kisah perkahwinan ini. Saya juga tidak malu untuk menyatakan ini perkahwinan kelima saya. “Kami bernikah hanya untuk keluarga terdekat kerana memang suami memilih untuk tidak terlalu menguar-uarkan cerita perkahwinan kami pada waktu itu,” kata Shima.
ARTIKEL MENARIK:Raisuddin Dedah Banyak Benda Yg Shuib Sorok Daripada Dia
Menurut laporan dari Utusan Online, Shima turut mengakui bahawa sebelum ini dia tidak pernah berfikir untuk berkahwin lagi, memandangkan sebelum ini dia pernah empat kali berkahwin. “Selepas empat kali berkahwin, memang saya fikir sudah tidak mahu lagi berkahwin, mahu terus hidup sendiri sahaja kerana sudah biasa begitu. Saya juga fikir, setelah empat kali bernikah dan masih juga gagal, barangkali sudah tidak ada lagi cinta yang ada untuk saya.” Difahamkan, Shima beruntung kerana suaminya menerima keadaan dirinya dengan keadaan kesihatan yang semakin terjejas ekoran masalah saraf dan slip disc. Jarak umur 8 tahun lebih tua dari suaminya tidak menghalang Shima untuk mengambil peluang menabur bakti sebagai isteri.
Selain berpisah dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan berpisah pada tahun 1994. Dia juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka berpisah pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, MuraiMY
Kredit -
Post a Comment