Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza, Boleh Buat Kaza Sendiri Malv

Berhubung kemelut rumah tangga yang dialami oleh pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof berkaitan diganggu oleh orang ketiga sehingga kini masih belum menemui kata putus daripada kedua-dua belah pihak.

Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza, Boleh Buat Kaza Sendiri Malv



Malah, Puteri Sarah baru-baru ini mendedahkan ‘modus operandi’ yang digunakan oleh indivdu bernama Ira Kaza, iaitu anak kepada pelakon veteran, Kaza demi merosakkan mahligai bahagia bersama Syamsul.

ARTIKEL MENARIK:Isu Kahwin Bekas Isteri Dgn Najib, Komposer Terkenal Fauzi Marzuki Tampil Beri Reaksi Berikut


Menerusi sebuah video TikTok milik @Choco Zain, Puteri Sarah berkata dia terpaksa menghadap buli siber yang dilakukan oleh Ira Kaza, semenjak empat tahun lalu sehingga sekarang.

“Dia macam siberbuli. Orang macam ini dia tak gembira dengan kehidupan sendiri sebab itu dia kacau orang lain. Sekarang saya nak bagitahu sebab sebelum ini orang tidak tahu macam mana saya kena.

“Dulu bila saya dengan suami dekat rumah, tengah happy.. ada saja fake account yang DM saya. Nak kacau mental saya, cuba nak psycho.

“Dia saja nak saya fikir bukan-bukan pasal suami saya. Lepas itu, saya dan suami akan gaduh. Itu modus operandi dia, suka kacau mood orang,” jelasnya.

Tambah aktres jelita itu, tindakan Ira Kaza disifatkan sebagai seorang ‘Attention Seeker’ dan membuatkan dirinya menangis serta kerap bergaduh dengan Syamsul, yang juga seorang pengarah terkenal.

“Masa mula-mula saya kena, tak faham lagi. Asyik menangis.. Asyik bergaduh dan fikir bukan-bukan. Sekarang, modus operandi dia dah tak jalan (berhasil).

“Selalu orang ketiga dia akan buat macam itu, demi dapatkan perhatian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut ditanya soal dia tidak takut terus menyebut nama orang ketiga? Jawabnya, tidak kerana dia sudah lama memendam perasaan sakitnya seorang diri dalam hati.

“Tak! Sebab dulu saya tak pernah mention. Saya dah malas nak simpan! Dulu saya kena macam ini, saya simpan. Kemudian kacau mood, saya selalu lepas marah dekat anak-anak. Syaikhul yang kena, kesian dia. Rasa sedih pun ada.

“Saya tak nak off DM. Sebab itu akan menunjukkan saya takut,” jelasnya

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.



Bapa ulas dakwaan yang tular

Ekoran penularan isu tersebut, pelakon Kazar tampil mengulas dakwaan yang dilemparkan kepada anak perempuannya sebagai orang ketiga dalam hal rumah tangga Puteri Sarah sejak empat tahun lalu.

Jelas Kazar, tiada apa-apa yang boleh dikomen mengenai perkara tersebut.

“Tak payahlah, tak ada apa-apa nak komen,” kata Kazar.

Hanya mereka saja tahu

Tambah Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui akan hal terbabit.

Ini kerana dia hanya mengetahui perkara tersebut sebaik sahaja ia kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini,” jelasnya.

Kazar jaga hati semua pihak

Pelakon berusia 63 tahun itu mengatakan tindakannya untuk tidak memberikan komen mengenai hal terbabit adalah bagi menjaga hati semua pihak.

“Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” ujar bapa kepada Faghirah Fatini.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pelakon itu dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan
rumah tangganya diganggu orang ketiga yang dipercayai anak kepada seorang pelakon juga.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.


Kredit -Trending Sangat

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post