Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal menjadi bualan ramai apabila berjaya mengumpul sebanyak RM14,020 selama seminggu beraya.
Mengulas lanjut topik popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Neelofa, 34, menyatakan dia tidak perasan pada awalnya dengan kewujudan duit 1000 Dirham. Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada anak lelakinya itu. Kami tak perasan pun (1000 Dirham)..
ARTIKEL MENARIK:Tiga tahun sabar bila ada orang ketiga kacau rumahtangga, tak boleh berdiam sekali ini tindakan Puteri Sarah
Waktu itu saya bagitahu nak buka akaun bank (masa buka sampul). Bila kira-kira alhamdulillah. Yang datang pula kawan-kawan mak, saudara dari Kelantan dan Besut, Terengganu yang kirim. Rezeki si kecil itu (Bilal).
Bercerita perasaan menyambut raya bersama Bilal buat kali pertama, usahawan terkenal ini akui gembira namun tetap ada perasaan risau memikirkan keadaan anak yang bertemu ramai orang. Semestinya alhamdulillah.. rasa gembira. Tapi bila dah jadi mak ini, mesti fikir keadaan anak, dia lapar ke, nak tidur ke, dia selesa ke.. Masa makan pun mata melilau tengok anak. Sana sini orang pass (pegang) anak. Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi gambar keluarga di Instagram (IG). Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka.
Sekitar 2 tahun berhenti menjadi pengacara, Nabil Ahmad bersama Lofa nampaknya begitu teruja kerana seolah-olah lembali’ menjadi rakan gandingan bagi rancangan popular tersebut. Pada tayangan semalam, `MeleTOP’ telah menjemput Neelofa, PU Riz, Ernie Zakri dan juga Syamel sebagai tetamu undangan sempena Hari Raya Aidilfitri. Dah niat nak transfer duit raya Bilal, lepas tular RM14K, aku cakap “Patutnya Bilal yang bagi aku”. Pada segmen pembukaan, lawaknya Kak Lina sempat pura-pura merajuk apabila Nabil menyatakan rasa gembira dapat mengacarakan sebentar `MeleTOP’ dengan Neelofa. Kemudian, tayangan itu juga bersambung dengan perbualan mengenai topik duit raya RM14,000 yang diterima oleh Bilal.
Kami tak perasan pun…Kira-kira Alhamdulillah rezeki si kecil tu. Jelas Lofa sendiri, dia bersyukur dengan rezeki yang diterima oleh zuriat sulungnya itu dan mahu membuka akaun simpanan khas kelak. Dedahnya lagi, ia merupakan kiriman duit raya daripada saudara mara di Besut dan Kelantan serta pemberian rakan-rakan kepada ibunya, Datin Tini. Bilal belum ready, kami minta maaf…Nanti budak-budak kena msalah ain.
Sesudah itu, pentas `MeleTOP’ juga bertukar meriah apabila Lofa dan Ernie bersama suami masing-masing berlawan dalam game mempersiapkan bayi. Dengan masa yang sangat singkat, pasangan Ernie dan Syamel nampak agak kalut manakala Neelofa dan PU Riz pula lebih tenang. Kemudian lucunya, Nabil sempat membuat lawak kerana tiba-tiba mengangkat patung yang disiapkan oleh Lofa dan terus menutup muka dengan wet tissue. Dia malahan bergurau kononnya Bilal belum bersedia mendedahkan wajahnya.
Panahan Cinta Neelofa, Pu Riz
Selebriti popular Neelofa berkongsi dia mula jatuh cinta dengan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020. Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi program MeleTOP yang disiarkan di saluran Astro Ria, semalam, berkata, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan. “Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh. “Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya.
Menerusi rakaman dimuat pengguna aplikasi TikTok, PU Riz kelihatan tersipu malu selain beberapa kali mencelah ketika isterinya berkongsi detik manis itu. “Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya. Sepanjang perkongsian itu juga, pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan itu. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Sumber, Instagram @meletop
Kredit -
Post a Comment