Ani Maiyuni Dedah Apa Yg Jadi Kepada Adibah Lepas Habis GV

Kuala Lumpur: “Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,” kata penyanyi Ani Maiyuni mengulas kematian penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang tadi.

Ani Maiyuni Dedah Apa Yg Jadi Kepada Adibah Lepas Habis GV



Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

ARTIKEL MENARIK:Innalillahiwainnailaihirojiun, Baru Je terima Berita sedih Arwah Adibah Noor, Sekali Ini Pula yang menimpa Lisdawati..


“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Adibah penghibur penuh kasih sayang, disenangi semua

Pelakon Namron, 52, berkongsi rasa duka dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, 52, yang disifatkan kehilangan cukup besar.




Namron atau nama sebenar Shahili Abdan berkata, dia mengetahui berita Adibah menghidap kanser sejak beberapa bulan lalu dan sempat berlakon dengannya.

“Bulan Februari lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri. Bulan lepas, Datuk Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan sudah selamat menjalani pembedahan pada Ramadan lalu.

“Sebenar tadi saya mendapat berita menyedihkan dia sudah kembali mengadap ilahi. Kita kehilangan seorang penghibur penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya,” katanya.

Bagi Namron, pemergiannya pasti dirindui ramai kerana Adibah tiada galang gantinya dalam industri hiburan tanah air.

“Kehilangan yang takkan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Adibah Noor meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar jam 6.30 petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Berita duka dan mengejutkan itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

kredit:hmetro via Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post