Beberapa bulan yang lalu, kecoh di media sosial apabila penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber mengumumkan untuk adakan konsert World Tour pada bulan Oktober di Malaysia nanti.
Kekecohan ini dapat dilihat apabila ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket konsert tersebut dan difahamkan ia laris dijual kurang tiga jam selepas dilancarkan.
ARTIKEL MENARIK:Bengang Dituduh Duda ‘Playb0y’, Azri Iskandar Akhirnya Buat Keputusan, Beritahu Dgn Siapa Dia Nak Kahwin
Justin diserang sindrom ‘Ramsay Hunt’
Terkini, peminat dikejut dengan khabar yang kurang menyenangkan mengenai selebriti terkenal itu, di mana dia dilaporkan diserang sindrom ‘Ramsay Hunt’.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Justin menerusi hantaran terbaru di laman Instagram baru-baru ini dan meminta orang ramai memahami situasi yang dialaminya kini.
Difahamkan, sindrom ‘Ramsay Hunt’ ini akan menyerang pada bahagian bibir, mata dan separuh riak wajah yang membolehkan pesakit merasai dirinya lumpuh separuh muka.
“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di sisi muka saya ini, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.”katanya
Perkongsian itu mendapat perhatian di kalangan rakan artis dan para peminat yang mendoakan dirinya kembali pulih seperti sediakala.
Konsert World Tour Justin Bieber dibatalkan dan mungkin termasuk Malaysia?
Pada masa yang sama, Justin memaklumkan konsert jelajah Justice yang kini berada di Amerika Utara telah membatalkan persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.
Tidak cukup dengan itu, seorang doktor perubatan yang dikenali Dr. Yazeed Hair Johari mengatakan penyakit yang dialami oleh penyanyi itu berkemungkinan mengambil tempoh sekitar beberapa bulan untuk kembali pulih.
Melihat kepada tempoh yang perlu diambil oleh Justin Bieber, berkemungkinan konsert jelajah di Malaysia terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan buat sementara waktu.
“Ambil masa yang agak lama untuk kembali kepada normal. Ada sesetengah orang kembali pulih seawal 3 bulan ke bawah, malah ada juga lebih 6 bulan dengan bantuan rawatan physiotherapy atau magnetotherapy.
“Konsert JB bakal dilansungkan pada bulan 10 Oktober, dimana kurang tiga hingga empat bulan sahaja lagi. Kalau tak sempat pulih dalam masa terdekat, harap semua maklumkan,”terangnya.
Apa-apapun, diharapkan Justin Bieber kembali pulih daripada sindrom ‘Ramsay Hunt’.
Video:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -
Post a Comment