Ismail Leon Mula Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Bijak Rihana Petra

Model sensasi dan bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Petra telah mendapat soalan yang tidak dijangka oleh anaknya iaitu Ismail Leon sempena Hari Bapa baru-baru ini.

Ismail Leon Mula Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Bijak Rihana Petra



Leon Mencari Di Mana Bapa Menerusi hantaran di instagram, Rihana menceritakan bahawa Leon bertanya dimanakah bapanya selama ini dan mengakui itu adalah soalan yang paling tidak selesa untuk dijawab.

ARTIKEL MENARIK:PM Umum Bantuan Tunai Tambahan Kepada Isi Rumah dan Golongan Bujang Pada Sidang Media Khas


“Sudah tiba masanya untuk soalan yang tidak selesa. Atau Hari Bapa tanpa bapa. Saya telah menanti soalan ini dan saya telah berkali-kali mencari jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leo kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.”-Kongsi Rihana

via Instagram Rihana Petra
Tambahnya lagi, dia turut menunjukkan peta di mana terletaknya London dan Malaysia. Malah Rihana turut menjelaskan bahawa bapa kepada anak lelakinya itu tinggal di Malaysia dan tidak dapat hadir.

“Saya cepat-cepat menunjukkan Leon peta di mana London dan di mana Malaysia, dan mengatakan bahawa bapanya tinggal di sana- jauh. Dia tidak boleh datang. “-Jelas Rihana

“Kenapa Bapa Tidak Hubungi Saya?”
Bekas Ratu Cantik Rusia ini menceritakan bahawa anaknya turut bertanya mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

“Tetapi kemudian, Leon bertanya- kenapa dia tidak menghubungi saya?. Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana, keana belum ada 5G di sana…Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekalipun.”-Kata Rihana

Di akhir hantaran nya, Rihana menceritakan bahawa dia dan bekas suami pernah berbincang mengenai projek pemasangan rangkaian 5G di Malaysia. Selain itu, Rihana turut mengatakan bahawa adalah sangat penting bagi seorang anak untuk berkomunikasi dengan bapanya

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.




Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan.

Mirip ‘grandparents‘

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Mirip ‘atuk dan ayah’

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu.

Sumber: Rihana Petra

kredit: muarai. my


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post