SUSULAN beberapa tuduhan dilemparkan terhadap Mak Wan Latah oleh bekas pengurus peribadinya di laman sosial, pelakon itu akhirnya tampil bersuara dengan menganggap pendedahan berkenaan adalah fitnah.
Enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, sebaliknya menyifatkan bekas pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Amell itu sebagai seorang yang tidak betul.
ARTIKEL MENARIK:“Kita perbaiki diri kita.. Cukup-cukuplah” Akhlrnya Makwan Buka Cerita sebenar buat ramai terkedu
“Kalau kita layan orang otak tak betul, kita pun jadi tak betul. Jadi saya tak nak komen apa-apa. Minta maaf ya, itu hak dia. Saya tidak mahu cakap apa-apa.
“Hanya Allah saja yang tahu, Allah yang baca dan lihat apa dia buat. Jadi jangan dia merangkak jumpa saya dengan tuduhan itu,” katanya kepada mStar dalam keadaan menangis.
Terdahulu, Amell tampil membongkar sikap sebenar artis veteran itu di TikTok dengan berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres berkenaan yang didakwanya sebagai panas baran.
Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan dilihat seumpama sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.
Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.
Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.
Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.
Dalam pada itu, Mak Wan enggan bercerita buruk tentang bekas pembantu peribadinya itu seperti mana pernah dilakukan ketika dihimpit kontroversi terhadap bekas suaminya, Husain Dollah.
“Tak apa, berapa ramai orang nak kecam… biar orang kecam. Yang penting, saya tak buat apa-apa. Saya tak nak aibkan dia macam mana saya pernah buat pada bekas suami.
“Saya tak nak aibkan sesiapa, itu hak dia… itu semua gambar lama semua. Biarkan dia. Sebab saya pun tak buat apa.
“Kalau saya buat macam itu, saya akan jadi macam dia… otak tak betul,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.
Terdahulu, kisah peribadi Mak Wan menjadi sorotan selepas dia dan bekas suami bercerai setelah tiga bulan berumah tangga.
Menurut bekas suaminya, dia merasakan perkahwinan dengan pelakon itu sebagai satu episod hitam dalam diri dan menyifatkan Mak Wan sebagai seorang isteri yang tidak menghormati suami.
Walau bagaimanapun, pelakon senior itu hanya mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut dan enggan membuka aib mana-mana pihak berhubung penceraian yang berlaku antara mereka.
terdahulu, terbaru sempat kecoh tentang perkara lain pula di TlkTok bekas pembantu kepada Mak Wan dikenali sebagai Amell. Menerusi portal mStar, wanita tersebut kini tampil membongkar serta perlihatkan sisi lain artis kesayangan ramai itu yang didakwa selalu `naik angin’.
Malah dalam satu rakaman yang dimuat naik, selebriti berkenaan dilihat cukup marah bertengkar dengan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya sambil tendang pintu.
Sampai hati kau tlpu aku Mak Wan, kau khianati aku setelah berpuluh ribu duit aku habis.
Jelas Amell, setelah sekian lama dirinya menyimpan semua rahsia tersebut dan hanya berdiam diri kerana sudah menganggap wanita tersebut seperti ibunya sendiri.
Walau bagaimanapun, dia akhirnya tampil bersuara kerana tidak tahan lagi kerana turut terkena perkara sama. Selain dari itu, wanita berkenaan juga mendakwa turut punyai bukti Mak Wan ada ambil duit miliknya.
Haritu saya backup dia tapi lastly apa saya dapat talk. Susulan itu, Amell akhirnya telah pun membuat satu laporan polls di Ibu Pejabat Polls Teluk Intan, Perak pada malam Sabtu lalu berhubung kejadian pelakon tersebut mengambil wangnya.
Dalam pada itu, dia akui akan membuat satu laporan lain pula di Ampang berhubung kehilangan barang kemas pula.
Sumber: Mstar via Bulletin 50 Times.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment