Penderma Darah Dapat Hadiah Mi Segera Perisa Daging Bab1, Ini Tindakan Polis

BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam (27 Jun).

Penderma Darah Dapat Hadiah Mi Segera Perisa Daging Babi, Ini Tindakan Polis



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Dasar B40 tapi tekak T20” – Netizen berbalah persoal sushi RM1 gerai tepi jalan


“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.



“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya.

Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

SUMBER : Berita Harian


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post