PM Umum Bantuan Tunai Tambahan Kepada Isi Rumah dan Golongan Bujang Pada Sidang Media Khas

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan kenaikan jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 kepada golongan bujang.

PM Umum Bantuan Tunai Tambahan Kepada Isi Rumah dan Golongan Bujang Pada Sidang Media Khas



Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata pertambahan peruntukan BKM berjumlah RM630 juta itu membabitkan 8.6 juta penerima.

ARTIKEL MENARIK:“Lupuskan Kenderaan Berusia 10 Tahun Keatas Tangani Isu Kesesakan”- Pakar


Bayaran tambahan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

“Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

“Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta,” katanya pada sidang media khas.

Subsidi minyak masak paket kekal: PM




Kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak paket sekilogram (1kg) untuk seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai keseluruhan minyak masak subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini adalah RM4 bilion melibatkan 60,000 tan metrik.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas pada Rabu.

kredit: bernama


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم