Selepas Jual Rumah RM1.2 Juta, Shuk Sahar Beritahu Lokasi Di Mana Dia Nak Bina Kehidupan Baru

Selepas membuat keputusan untuk menjual rumah banglo yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, kini tiba masanya untuk pelawak Shuk Sahar menyerahkan kepada pemilik baharu.

Selepas Jual Rumah RM1.2 Juta, Shuk Sahar Beritahu Lokasi Di Mana Dia Nak Bina Kehidupan Baru



Menerusi laporan Harian Metro, Shuk memberitahu dia sedih kerana terpaksa menjual rumah itu.

ARTIKEL MENARIK:Buah Pinggang Along Eyzendy Hanya 19 Peratus Berfungsi!! Isteri Derma Sebelah Buah Pinggang ,Ini Keadaan Terkini Along Eyzendy Dan Isteri Selepas Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang


Dah beli sebelum raya

Insya-Allah ada yang lebih baik. Bye Ferrea (Ferrea Denai Alam). Rumah orang dah beli sebelum sambutan hari raya hari tu lagi. Cuma proses agak lama. Ini pun saya masih kemas barang untuk dibawa keluar. Diakui memang sedih, tapi tidak apa lah ada rezeki lain nanti. Banyak kenangan dalam rumah ini. Semuanya tinggal kenangan. Doakan saya ya.

Mahu Bina Kehidupan Baru Di Pulau Pinang

Ujar Shuk, dia bakal berpindah ke Pulau Pinang dan menetap buat sementara waktu di sana.

Saya akan terus pindah dan buat sementara waktu duduk di Pulau Pinang. Dalam masa sama, saya memang sedang ‘set up’ perniagaan kafe iaitu Smooth Café di Sungai Dua, di sana.

Sibuk kemas barang

Disoal mengenai status perkahwinan dengan Rossa, Shuk memberitahu Rossa sedang sibuk mengemas barang. Terdahulu, Shuk mahu menjual rumahnya dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang. Menurut Shuk, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

k-62.jpg

Shuk Sahar Ucap ‘Bye Bye’ Dekat Rumah Banglo, Netizen Suruh Ambil Pengajaran – ‘Hidup Ini Ibarat Roda’

Selepas membuat keputusan untuk menjual rumah banglo yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, kini tiba masanya untuk pelawak Shuk Sahar menyerahkan kepada pemilik baharu.

Kemas rumah

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuk, 36, memuat naik sebuah video yang memaparkan kerja-kerja membawa keluar semua barang dari rumah yang dianggarkan bernilai 1.2 juta.

Rakaman video itu turut disertakan kapsyen; ‘Insya-Allah ada yang lebih baik bye-bye Ferrea (nama rumah).

Sebelum ini, Shuk mendedahkan dia memerlukan wang justeru terpaksa melepaskan banglo mewah itu bagi mengelakkkan berdepan kesukaran lain pada masa hadapan.

Allah bagi pengajaran




Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Allah permudahkan urusan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar selepas bertubi-tubi diduga.

Namun, ada juga yang mengingatkan pelakon filem Adnan Sempit 2 untuk insaf dan kembali ke pangkuan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan anak-anak.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Sera mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk bagaimanapun status rumah tangga ini tidak dapat dipastikan.

Sumber: Instagram @shuk_sahar

Sumber: Harian Metro via Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post