Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.
ARTIKEL MENARIK:Aina perlu lebih peka, sensitif
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.
Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.
“Seniwati Aripah Damanhuri Telah Pulang Kepada Ya Khaliq,Seniwati Yang Saya Hormati Allahyarhamah Merupakan Kakak Kepada Seniwati Normah Damanhuri,Ya Allah Ampunilah Dia,Belas Kasihanilah Dia Hapuskanlah Dan Ampunilah Segala,Dosa-dosanya,Tempatkan Dia Bersama Para-para.Syuhada..Aamiin Allahumma Aamiin.Takziah Buat Seisi Keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.
Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.
Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
LEBIH sebulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru, dramatis Aripah Damanhuri, 73, disahkan menin.ggal dunia pada pukul 8.15 pagi, Selasa.
Berita itu disampaikan oleh anak bongsu kepada pelakon itu iaitu Fais Nurpais Ismail menerusi laman Facebook miliknya.
Memohon agar sedekahkan doa untuk ibu tercinta, Fais juga meminta mana-mana pihak menghubunginya sekiranya arw.ah mempunyai hutang yang belum selesai.
“Mak akhirnya pergi juga. Bagi sesiapa yang mengenali mak Aripah Damanhuri, dukacita dimaklumkan mak baru saja menin.ggal dunia pukul 8.15 pagi tadi di wad 23 HKL.
“Pohon sedekahkan doa kepqada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” tulis.
Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.
Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.
Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, adik kepada Allahyarham Aripah iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.
“Ini lah satu2 nya Kakak ku Aripah Damanhuri kakak kesayangan ku Dunia Akhirat..Kini berada di ICU telah di tidurkan..mohon semua yang mengenali kak Aripah doakan kesembuhan untuk nya..moga Allah swt perkenankan doa kita semua agar kak Aripah panjang umur dan kembali sihat..Insya Allah Aamiin Aamiin yarobbalalamiin..” tulis Normah Damanhuri
Pelakon berusia 68, memberitahu, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.
Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.
Sumber MH via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Post a Comment