Satu tangkap layar yang dimuat naik pelakon, Puteri Sarah mengenai kiriman mesej peribadi (DM) mengenai status suaminya didakwa bertunang menjadi perhatian netizen.
Kiriman tersebut mendakwa suaminya sudah bertunang dengan wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini, Ira Kazar.
ARTIKEL MENARIK:“Lelaki takkan mengamuk tiba-tiba” – Hilang sabar dgn bekas isteri, ini penjelasan Fizi Ali
“Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!,” tulis DM tersebut.
Tidak cepat melatah, Puteri Sarah bagaimanapun memberikan reaksi kepada kiriman mesej itu dengan nada positif.
Menurut Puteri Sarah, sekiranya berita itu benar maka tanggungjawab terhadap anak-anak jangan dilupakan.
Selamat bertunang Syamsul!!! salah satu komen individu tertentu dalam DM yg diterima oleh Puteri Sarah
“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya di Instagram Story.
Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.
Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.
Ini Respon Syamsul Yusof yang ramai tak sangka..
Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didakwa netizen di media sosial.
“Hahaha. Ngaruikk (mengarut).”
Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.
Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya.
Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.
“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.
Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.
Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.
Sumber: khabar24media dan Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment