Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama vokalis band Hujan, Noh Salleh diajukan soalan dari pihak wartawan berkenaan isu rumah tangganya bersama selebriti, Mizz Nina yang dikatakan sedang mengalami masalah.
Akan tetapi, penyanyi tersebut menyangkal spekulasi tersebut dengan memaklumkan kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan menegaskan ia adalah gosip semata-mata.
ARTIKEL MENARIK:“Ingat Peluk Bella” Aksi Aliff Aziz Berpelukan Dgn Pelakon Wanita Terkenal Di Genting Highlands Tarik Perhatian
Jelas Noh, dia dan isteri sedang sibuk memberikan fokus terhadap pembesaran anak angkat mereka iaitu Musa yang kini berusia tujuh bulan.
Apa yang menariknya, Noh dilihat sempat menyindir dan mempersoalkan kredibiliti para wartawan yang sibuk ingin mengambil tahu mengenai tahu soal peribadinya berbanding kerjaya sebagai seorang anak seni.
“Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,”ujarnya.
Mungkin terasa dengan sindirian dan teguran selebriti berusia 37 tahun itu, salah seorang daripada wartawan dilihat seakan-akan ‘koyak’ dengan ayat yang dilontarkan oleh Noh.
Pun begitu, wartawan tersebut lantang bersuara kembali kepada Noh dengan mengatakan dia cuma menginginkan kesahihan dari empunya badan.
“Kenapa pula cakap media? Benda ini datang dari media sosial. Daripada kita percaya benda itu, lebih baik kita tanya kepada tuan punya badan sendiri sedangkan sudah berada di depan mata, kan?”jawab wartawan tersebut.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai geli hati dan puas apabila selebriti itu mempersoal akan kredibiliti seseorang wartawan.
Malah, ada yang menasihati wartawan itu supaya menjaga adab pertuturan ketika menjalankan tugas.
Viral kisah ‘lamaran’ Noh kepada Mizz Nina: ‘Hanya ada RM8 ribu dalam akaun”
ANTARA pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.
Apatah lagi selepas penghijrahan Mizz Nina, bukan sedikit yang menyimpan rasa kagum terhadap pasangan yang nampak ‘low profile’ ini.
Hari ini, sebuah perkongsian daripada pemilik akaun Facebook bernama Azfar Mohd, berkisarkan kisah percintaan dan penghijrahan mereka ke arah lebih baik, viral di laman sosial.
Dalam perkongsiannya, Azfar bercerita, Noh dalam satu sesi motivasi pernah membuat pengakuan bahawa dia menceburi bidang seni dengan satu niat, iaitu untuk mencari rezeki.
Tidak pernah mengikuti pengajian di peringkat tinggi, keputusan itu bagaimanapun mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, memandangkan hidup sebagai anak seni ada turun naiknya.
Namun mungkin kerana keikhlasannya, rezeki Noh semakin lama, semakin baik.
Dan rezekinya bertambah baik selepas berkenalan dan kemudiannya mengahwini Mizz Nina.
Paling menyentuh hati, adalah cerita bagaimana dia melamar puteri Tan Sri Dato’ Azman Hashim itu.
“Saya tiada harta, tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah, insha Allah saya boleh lakukan,” itu yang dikatakan Noh kepada Mizz Nina.
Berlandaskan niat yang baik itu, kehidupan mereka berdua juga menjadi semakin baik selepas berkahwin. Mizz Nina yang sebelum ini dikenali kerana imej seksinya, berubah penampilan menjadi Muslimah sejati.
Malah, dunia seni juga sudah jauh ditinggalkannya.
“Semuanya dengan niat kerana Allah. Jika anda bertemu seseorang yang boleh menjadikan anda Muslim dan Muslimah yang lebih baik, jangan lepaskan dia,” itu yang dipesan Noh, tulis Azfar.
Perkongsian Azfar itu telah menerima lebih 32 ribu likes dan lebih 10 ribu perkongsian.
Noh dan Mizz Nina pada Mac lalu berkongsi berita gembira apabila mendedahkan mengambil Musa sebagai anak angkat sejak awal tahun ini.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011.
Sumber: TikTok @kosmoonline
Kredit -Trending Sangat
Post a Comment