“Mantap Dato..”- Dah 80 Juta, Syamsul Yusof Sasar RM90 Juta Kutipan Mat Kilau. Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah…

Kuala Terengganu: Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat.

“Mantap Dato..”- Dah 80 Juta, Syamsul Yusof Sasar RM90 Juta Kutipan Mat Kilau. Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah…



Malah, filem berkenaan juga disifatkan mampu muncul sebagai filem sepanjang zaman seperti filem Bukit Kepong yang memaparkan perjuangan pasukan po.lis dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada ditawan komunis yang ditayangkan pada 1981 lalu.

ARTIKEL MENARIK:“Depan Saya Sebenarnya..”Ramai Menangis Tengok Bab4k Tekup Mulut, Beto Ded4h Rahsia Di Sebalik Tabir


Yusof berkata, walaupun sudah mencecah usia 41 tahun, filem Bukit Kepong arahan Allah.yarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin masih diminati penggemar filem sehingga kini.

“Saya yakin dan percaya kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mampu menjadi filem legenda yang akan dikenang masyarakat Melayu.


“Malah mungkin lebih (hebat) daripada Bukit Kepong berdasarkan respons, kenangan orang terhadap filem ini.

“Daripada segi kutipan, saya percaya ia mampu melebihi RM100 juta. Sekarang pun respons yang diberikan pelbagai pihak termasuk ahli politik sangat baik dan kutipan harian masih jutaan ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem Mat Runner, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pandangan negatif segelintir pihak terhadap filem berkenaan, Yusof berkata, ia adalah perkara biasa dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

“Nak marah.kan mereka (orang ramai) pun tak boleh juga… masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing tetapi saya bangga 99 peratus memberi respons baik terhadap filem ini,” katanya.


Mengenai kesinambunagn filem itu, beliau menyokong dan bangga dengan Kembara Studio yang berjuang dalam menghasilkan filem epik bercorak perjuangan bangsa Melayu.




“Tidak kisahlah siapa yang mengarah, filem Mat Kilau perlu ada kesinambungannya,” katanya.

Komen netizen:


 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HM


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم