Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial beberapa pihak terutamanya pakar motivasi membantah satu video pelajar-pelajar tadika sedang meniru video trend ‘sarung cincin’ seperti di aplikasi TikTok.
Ikutkan sangat trend viral
ARTIKEL MENARIK:Pembvang S4ka Terkenal Dit4han, Disyaki Berkh4lw4t Dengan J4nda Anak Satu
Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah disuruh oleh individu tertentu untuk melakukan aksi ‘sarung cincin’ dan dimuat naik ke TikTok sebagai satu konten.
Disebabkan itu, pakar motivasi yang sering memperjuangkan nasib kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah berkongsi luahan rasa kurang senangnya dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu di laman sosialnya.
Kecil2 dah diajar budaya couple
Melalui perkongsian tersebut, beliau meluahkan betapa ‘bengang’ terhadap tindakan orang dewasa ataupun penjaga kanak-kanak itu yang menyuruh seorang pelajar lelaki berjoget-joget menyarungkan cincin ke jari pelajar perempuan sebelum pelajar itu turut berjoget tersipu malu.
“Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak tu joget-joget sambil tutup muka. Kau ingat benda ni kelakar ke? Nampak sweet bila budak kecil yang buat?
Musibah betul!
Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini!” tulisnya.
Sepupu pun, kenalah ajar dari awal
Walaupun individu yang memuat naik video tersebut menjelaskan bahawa kedua-dua pelajar terbabit adalah sepupu, namun tindakan seperti itu seharusnya dielakkan dan janganlah sesuka hati menormalisasikan budaya couple kepada budak-budak di bawah umur kerana banyak risikonya.
Nak normalisasikan budaya couple pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ni?
Saya tak pastilah apa reaksi ibu bapa kepada anak-anak ini saat menonton video berkenaan. Namun bagi saya perbuatan seperti ni tidak beretika dan melampau!
Ni kalau tak bendung, , tak tahulah video jenis apa lagi boleh muncul!” ujarnya tegas.
Pendidikan tak sihat untuk kanak2 bawah usia 6 tahun
Sudah tentu video tersebut telah mendapat pelbagai kecaman daripada warganet yang kurang senang dengan apa yang ditunjukan kerana boleh membina pemikiran kurang baik dalam diri generasi baru walaupun sekadar berhibur sahaja.
Menerusi ruangan komen, kebanyakan mereka menyokong apa yang diperkatakan pakar motivasi itu dan berharap trend yang sedang tular di media sosial tidak menjadikan kanak-kanak sebagai salah satu konten untuk meningkatkan jumlah tontonan di akaun media sosial masing-masing.
Harap cikgu2 lebih peka
Sumber: OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit - Bulletin 50 Times.
Post a Comment