“Yang Melaga Laga, Memanaskan Ini Ialah…,” – Neelofa Pesan Tak Perlu Penatkan Tangan, Mulut & Kepala

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjelaskan dia percaya kepada rezeki dan penghasilan produk terbaharunya, Inna Nunha bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana jenama inai sedia ada.

“Yang Melaga Laga, Memanaskan Ini Ialah…,” – Neelofa Pesan Tak Perlu Penatkan Tangan, Mulut & Kepala



Sebaliknya, Neelofa, 33, berkata dia sedia maklum setiap peniaga pasti mempunyai cara tersendiri di dalam memasarkan produk yang dihasilkan.

ARTIKEL MENARIK:Warganet Tanya Di Mana Sebenarnya Suami ZaIina, Rupanya Banglo Zalina 2 Kali Digeledah. IniPendedahan Yg Mngejutkan Ramai


“Ini bukanlah produk pertama saya. Sebelum ini dalam bisnes saya pernah hasilkan pakaian, tudung dan sebagainya. Selebiriti lain pun pernah juga lakukan perkara yang sama.

“Jadi kita di sini bukan nak bersaing, tidak. Bagi saya rezeki Allah itu luas. Saya juga percaya, setiap peniaga ada cara, strategi dan hala tuju masing-masing.

“Yang melaga-lagakan dan memanaskan ini ialah orang luar dan mereka yang berkaitan, yang mungkin tidak faham dengan konsep rezeki.

“Kita di sini ‘chill’ sahaja. Orang nak cakap apa, mengenai warna begitu begini kita relak,” katanya kepada MH.

Ditanya mengapa soal perbadingan timbul, bekas hos program MeleTOP ini berpendapat perkara berkenaan terjadi kerana ia dipasarkan dalam waktu yang hampir sama.

Malah, inai juga menjadi tular kerana ada yang rasa was-was serta persepsi pengguna sama ada ia boleh dibawa solat atau sebaliknya.

“Ia terjadi mungkin disebabkan oleh produk ini dilancarkan dalam tempoh yang lebih kurang sama dengan jenama lain. Jika sebaliknya, isu ini mungkin tidak akan timbul.

“Lepas tu pula viral mengenai macam-macam perkara misalnya soal mesra solat, warna dan sebagainya. Di akhirnya, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya.

Tidak melihat sebarang manfaat sekiranya ada netizen bergaduh sesama sendiri mengenai isu yang diperkatakan, ibu kepada seorang cahaya mata memilih untuk fokus mencari rezeki yang berkat.

“Tak payahlah memenatkan kalian punya tangan, mulut dan kepala untuk berbuat demikian. Sebab Allah sudah tentukan rezeki kita semua di dalam setiap perkara.

“Tinggal lagi kita perlu tekankan untuk mencari rezeki yang berkat sahaja. Cari rezeki dengan cara yang baik, tanpa perlu maki hamun, mengecam, menghentam dan sebagainya,” katanya lagi.

Terdahulu, Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memberikan penerangan dan bukti saintifik terhadap inai keluarannya telap air.




Inisiatif tersebut dilakukan bagi menangkis keraguan ramai susulan kekeliruan yang timbul sama ada ia sah atau tidak untuk dibawa solat.

Orang selalu nampak yang senang sahaja – Neelofa

Dalam pada itu Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa menyifatkan, suaminya, Haris Ismail sebagai seorang individu yang bekerja keras untuk memastikan jenama perniagaan Innai NunHa yang diusahakan mereka mampu mencapai sasaran.

Jelas Neelofa, Haris sentiasa mahu memastikan segala urusan bisnes mereka berjalan dengan lancar.

“Masuk hari ke 11, suami kerja dari pagi sampai lewat pagi, biasa pukul 3 atau pukul 4 pagi baru balik. Hari ini telefon cakap balik lepas ini, masih di kilang produksi selesaikan macam-macam isu.

“Inilah bab perniagaan yang orang tak nampak, yang orang nampak selalunya hasil akhir, yang senang dan menyeronokkan sahaja. Kami berniaga bersama dan Alhamdulillah saya lebih banyak bekerja dari rumah sambil menjaga anak.

“Untuk peniaga Innai NunHa, doakan semoga perjalanan perniagaan dipermudahkan. Semoga yang terbaik untuk hari ini,” katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi hantaran yang dikongsikan di Insta Story miliknya.

Serentak dengan titipan itu Neelofa berterima kasih kepada suaminya dalam menggalas tanggungjawab untuk mencari keberkatan rezeki perniagaan mereka.

“Untuk suami tersayang, terima kasih sebab banyak mainkan peranan dalam bab produksi. Awak sentiasa buat lebih dari 100 peratus untuk selesaikan pelbagai isu, tiada yang mustahil bagi awak.

“Semoga Allah berkati setiap usaha awak dan kita semua. Berkati setiap ringgit yang kita peroleh, sentiasa rasa cukup dan bahagia dengan rezeki Allah,” katanya lagi.

KREDIT: MEDIA HIBURAN


Kredit -Trending Sangat
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post