-“Awak tak bagi satu sen pun..”- Abai Nfkah Anak Lebih 10 Tahun, Bekas Isteri Cerita Perangai Sebenar Cliff Umar

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar, mendedahkan bahawa penyanyi tersebut telah mengabaikan nafkah anak-anaknya.

-“Awak tak bagi satu sen pun..”- Abai Nfkah Anak Lebih 10 Tahun, Bekas Isteri Cerita Perangai Sebenar Cliff Umar



Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah terpaksa merayu kepada penyanyi tersebut untuk bertanggungjawab atas anak-anaknya dari segi perbelanjaan. “Saya harap dia dapat bertanggungjawab sedikit…


ARTIKEL MENARIK:Cantlk. DatlnTiara Jcquelna Kngsi Gmbar AnakPrempuan, Rmai Netlzen PrasanSsuatu Tntang RpaAnaknya


sekurang-kurangnya bantu saya dari segi perbelanjaan anak-anak.  Ia bukan mengenai perbelanjaan saya, saya tidak makan pun tak apa tetapi ia untuk anak-anak. “Tolonglah tunaikan tanggungjawab dia yang dah lebih 10 tahun tak tunaikan.. You tak bagi I nafkah tak apa, I tak kesah tapi tolong anak-anak,” ujarnya.

Tambahnya, dia telah banyak bersusah payah sehingga hari ini dan menyatakan Cliff berjanji untuk membantu anak-anak termasuk dirinya bila masuk sebuah program pertandingan nyanyian namun menghilangkan diri selepas menang.

“Saya telah banyak bersusah payah, saya banyak bersusah payah sehingga hari ini dan awak berjanji akan menolong saya dan anak-anak bila awak masuk GV (Gegar Vaganza). “Jadi, saya dah buat bahagian saya begitu juga anak-anak… bila awak dah menang, awak hilang dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku,” luahnya lagi. Ninie turut membuat perkongsian di mana dia terpaksa meminta pertolongan sehingga mendapatkan rumah malah Cliff tidak mengendahkan anak-anaknya ketika sedang sakit.



“Jadi, saya nak bagitahu awak yang saya dah penat! Saya dah bersusah payah dengan anak-anak dijalanan dan terpaksa meminta sehingga dapat rumah.  Awak di mana ketika anak sakit? Awak sedikit pun tak kisah… awak tak bagi satu sen pun selama ini,” kata Ninie. Dalam pada itu, Ninie juga mempersoalkan tentang tanggungjawab dan ihsannya terhadap anak-anak. “Di mana tanggungjawab awak?

Di mana empati awak terhadap anak-anak? Awak tinggalkan semua kepada saya… Saya ada had dan tahun ini adalah had saya! Saya rasa saya dah tak boleh lakukannya lagi, saya perlukan masa sehingga sembuh. “Jadi, jika awak dengar ini tolong bantu saya dengan menjaga anak-anak, tidak perlu beri duit untuk saya tetapi untuk kelangsungan anak-anak. “Where is all those you promise before, diorang anak you lah, come on lah!,” luahnya sebak. Sumber: metro

Kredit -Trending Sangat

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post