SUSULAN pendedahan berani Puteri Balqis mengenai perbuatan ayah kandungnya yang didkwa pernah meraba dan mengajaknya menonton video lvcah, bapa kepada pelakon berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan perkara itu.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata lelaki berkenaan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.
ARTIKEL MENARIK:Bapa ulas kes Puteri Balqis, Kasih Leona pula kena maki… “Tolong henti kaitkan apa yang dilakukan dengan saya”
Puteri Balqis dedah perbuatan tak senonoh bapa.
“Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut bersedia memanggil pelakon terbabit sekiranya ada laporan dibuat.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima berhubung perkara itu.
Sementara itu, menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan paparan skrin perbualannya bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.
Lelaki disapa sebagai GG memaklumkan dia telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.
Seorang pengguna Twitter muat naik perbualan bersama seorang lelaki dipercayai bapa Puteri Balqis.
Kata lelaki itu, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.
Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa kandungnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah saluran Youtube.
Sumber : mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment