Ebit Lew hadir prosiding hari ketiga kes gangguan seksual

TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom sekitar pukul 9.30 pagi tadi bagi menghadiri prosiding perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit Lew hadir prosiding hari ketiga kes gangguan seksual



Menaiki sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, Ebit yang memakai kemeja biru muda, berseluar hitam dan berkopiah putih kelihatan tenang ketika memasuki pintu utama mahkamah.

ARTIKEL MENARIK:5 bas ekspres kena saman tiada pemandu kedua


Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ekoran itu, Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, perbicaraan hari kedua semalam masih melibatkan seorang saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd. Fairuz Abu.




Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang semalam dan disambung pagi ini.

Perbicaraan dilakukan dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia. – KOSMO! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post