Bukan mudah untuk melakar kejayaan cemerlang, melainkan dengan kerja ker4s dan rajin berusaha.
Orang asli di negara kita kini boleh tersenyum bangga dengan kejayaan suku kaum mereka, yang hebat dan cemerlang melakar kejayaan di universiti terkemuka dunia, sekaligus mengharumkan nama negara.
ARTIKEL MENARIK:“Harap tiada lagi sk@ndal lain..”- Baru Je Berkahwin, Sekali Bekas Isteri Pakar Saham DDNK Bongkar Perkara Ini
Menerusi Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA), Susherrie Suki mencipta sejarah dari suku kaum Semai berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar & Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).
Sherrie merupakan pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Mudanya di mana sebelum ini juga mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.
Sherrie juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari University College London (UCL).
UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) & juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK.
Orang Asli Suku Kaum Semai Sherrie juga berasal dari negeri Perak di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak & Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
Gadis cemerlang ini juga kini telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar & Perancangan Bandar (Urban Design & City Planning) di Universiti yang sama.
Fasih 4 Bahasa Bukan itu sahaja, Sherrie juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti dan di luar universiti.
Antaranya sebagai Ahli dalam Pertubuhan Diraja Perancangan Bandar (Royal Town Planning Institute – RTPI), Ketua Biro Publisiti di Bartlett Urban Planning Society, Ketua Biro Perhubungan & Korporat di UCL Malaysia Society, Ahli Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dan Ahli Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).
Tahniah di atas kejayaan gadis muda ini yang merupakan anak orang asli pertama berjaya meraih keputusan cemerlang menggengam ijazah kelas pertama di universiti terkemuka dunia. Semoga menjadi inspirasi buat kita dan suku kaum orang asli yang lain juga dalam melakar kejayaan, sekaligus mengharumkan nama negara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -Gempak via Slamber Media
Post a Comment