Sambil Menggesek Biola Lagu Hindustan , Ini Kata2 Sanusi Selepas Kemenangan JDT Semalam

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu, Hector Bidoglio gembira dengan aksi luar biasa pemainnya dalam membantu beliau memperoleh kejuaraan sulung, selepas mengambil alih tempat bekas Ketua Jurulatih, Benjamin Mora, Julai lepas.

Sambil Menggesek Biola Lagu Hindustan , Ini Kata2 Sanusi Selepas Kemenangan JDT Semalam



JDT menjulang Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 di hadapan 84,321 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Sabtu.

ARTIKEL MENARIK:‘Mahkamah buat keputusan betul’ – Pendedahan anak Rosmah buat ramai mula sedar


Pengendali dari Venezuela itu amat gembira dengan aksi pasukannya yang memberikan tekanan yang tinggi kepada lawan dan itu sudah tentu membantu pasukan Harimau Selatan untuk memperoleh kejuaraan pertama Piala FA semenjak memenanginya pada 2016 selepas menewaskan PKNS FC, 2-1.

“Sebelum saya datang ke JDT, saya sedar pasukan ini adalah ‘pemenang’, mereka sering melangkah ke final di Malaysia dan saya rasa bangga untuk membantu JDT memenangi Piala FA malam ini (Sabtu).

“Terima kasih kepada ‘boss’ kami Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga mereka di dalam kelab di atas kepercayaan anda kepada kami,” katanya selepas sidang media selepas perlawanan di sini malam Sabtu.

Pada masa sama, jurulatih berusia 54 tahun ini menzahirkan rasa kagum kepada prestasi penjaga gawangnya, Mohd Farizal Marlias pada aksi final malam ini selepas beliau berjaya menyekat percubaan berbahaya Kapten Terengganu FC, Kipre Tchetce pada minit ke-25 perlawanan.
“Farizal tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini tapi malam ini beliau mempamerkan kehebatannya sebagai penjaga gol. Beliau bukan sahaja hebat di padang tetapi juga cemerlang di dalam bilik persalinan,” katanya.

Bidoglio juga berkata, mereka akan bekerja keras untuk memastikan mereka memenangi tiga kejuaraan dengan mempertahankan Piala Liga Super dan menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain berkata, pihaknya akur dengan kekalahan dialami dan menyifatkan JDT pasukan yang serba-serbi lengkap dengan ramai pemain berkualiti di atas padang.

“Pada malam ini kita dapat saksikan corak permainan penguasaan bola yang selalu kita terapkan semasa berlawan dengan pasukan lain tidak menjadi ke atas JDT.

“Ia sememangya sukar untuk diadaptasi pada perlawanan ini kerana mereka (JDT) lebih kehadapan dengan memperkukuhkan corak permainan tekanan tinggi,” katanya.

Biarpun tewas, Nafuzi tetap memuji semangat juang dipamerkan Skuad Penyu selain menyatakan masih banyak yang perlu dipelajari anak buahnya khususnya pemain muda untuk melangkah lebih jauh selepas ini.




Dalam pada itu, MB Kedah turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan JDT semalam. Sambil menggesek biola lagu hindustan terkenal dari filem Mohabbatein, berikut ucapan Sanusi

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor” tulis Sanusi di halaman Facebook rasmi milik beliau

Sebelum perlawanan akhir, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata beliau menyokong Terengganu pada perlawanan akhir edisi kali ini kerana isterinya berasal dari Terengganu.

“Sudah tentu Terengganu. Sebab saya sokong Terengganu (adalah) isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin dengan orang Johor lagi.

“(Kalau Terengganu kalah) saya terima dengan berlapang dada, biasanya orang macam saya sentiasa menyokong pasukan yang dilihat ‘underdog’ dan (saya yakin) semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu, kalau tak percaya, tunggu lah,” kata Sanusi.

Perkara ini nyata memberi kesan mendalam kepada segelintir peminat-peminat JDT

kredit: hmetro

Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post