Tak Mahu Terus Bersedih, Ini Tindakan Terbaru Di Ambil Bekas Isteri DDNK “Dimulai Hadhanah”

Tak mahu terus bersedih, bekas isteri DDNK mula buat tuntutan di mahkamah. Dimulai tuntutan hadhanah. Jika pasangan pengantin baru berkahwin menikmati hari-hari bahagia tapi nampaknya situasi berbeza dialami oleh pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan yang terpaksa berhadapan dengan kecaman netizen setiap hari.

Tak Mahu Terus Bersedih, Ini Tindakan Terbaru Di Ambil Bekas Isteri DDNK “Dimulai Hadhanah”



Apa saja tindakan pasangan ini termasuk tindakan terbaru pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari menghempas bantal ketika bertemu Caprice, ia juga masih menerima kecaman hinggakan DDNK meminta agar isteri barunya itu tidak diganggu kerana masih muda dan pelajar. Namun ia masih belum mampu meredakan hati netizen kala ini.

ARTIKEL MENARIK:“10 Keturunan Makan Tak Habis” Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Di Malaysia, Jumlah Harta Mereka Didedahkan


Di sebalik kontroversi perkahwinan masih di puncak, bekas isterinya, Hasmawatie wajar dikalungkan pingat keberanian kerana tak terus menangis sebaliknya sudah bangkit berjuangkan hak-haknya.

Pagi tadi, di sebalik rayuan DDNK agar jangan mengecam isterinya kerana masih muda dan pelajar, Watie sudah pun “bersilat” di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dengan memulaikan tuntutan hadhanah bersama peguamnya, Mardziah Kassim.

Kongsinya :-

Alhamdulillah. Proceeding case hadhanah selesai hari ini. Syukur Allah memudahkan urusan. Terima kasih semua yang telah mendoakan.
Hal ini dikongsikan di fb miliknya, Atielia De Sams dan ia menerima sokongan dari wanita-wanita yang bersimpati dengan nasib dialaminya.

Ini mungkin permulaan tuntutannya kerana sebelum ini di fb sama, dirinya menulis

“Aku diam untuk aku reveal di mahkamah”.

Di sebalik perkahwinan bekas suaminya itu, ramai juga tertanya-tanya tentang pernikahan tersebut kerana menurut dakwaan Watie, surat cerai mereka belum dikeluarkan lagi.
“Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama?

Jelas ia menimbulkan berbagai persoalan kerana antara syarat dan prosedur dokumen jika pemohon adalah seorang duda, beliau perlu mengemukakan surat cerai (jika bercerai hidup dengan pasangan terdahulu) atau surat mati (jika bercerai mati dengan pasangan terdahulu).

Apa pun buat wanita di luar sana yang diuji dengan masalah begini, jangan terus menangis sebaliknya cepatlah memperjuangkan hak-hak anda. Menangis tak akan buat bekas suami kembali semula, mendiamkan diri juga tidak menguntungkan anda. Jadi bangkitlah kerana wanita itu sangat istimewa.




Diuji Berpisah Lepas Kahwin 2 Dekad, Ketabahan Bekas Isteri DDNK Ini Raih Perhatian!

Tabahnya hati wanita bernama Hasmawatie ini! Mana tidaknya, pada usia perkahwinan hampir mencecah 20 tahun dia diuji apabila ditakdirkan berpisah dengan bekas suami, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK).

Merasai peritnya sebuah perpisahan namun ibu seorang anak ini masih mampu mengukir senyuman dan cekal lalui liku hidup mendatang.

Benarlah orang kata, jiwa dan semangat orang perempuan ini sangat luar biasa. Meskipun luaran nampak tenang, hanya Allah tahu apa yang terpendam di sanubari mereka.

Jiwa kental Hasmawatie atau lebih dikenali sebagai Watie ini meraih perhatian ramai kebelakangan ini. Pada saat bekas suami menikmati bahagia rumah tangga dengan isteri baharu, Watie kekal positif menerima takdir Tuhan.

Yang pasti, Watie bukan calang-calang wanita. Dia seorang yang berpendidikan tinggi dan graduan MBA dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Orang tengah fikir saya ni suri rumah ke? Tidak… saya lulusan MBA, UPM. Sayalah bersama-sama vegarian yang bermula dari bawah dari company ada 5 orang sekarang menjadi 23 orang.

Saya merupakan bekas CEO Vega Hermosa yang dilucutkan jawatan tetapi saya masih lagi menjadi director dan pemilik bersama. Saya dalam proses tuntutan untuk semua perkara. Mohon doakan agar dipermudahkan urusan saya.”

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya iaitu Atielia De Sams, Watie ada berkongsi momen ketika berada di perkarangan Mahkamah Syariah. Cukup positif Watie menempuh fasa baharu dalam hidupnya hari ini.

“Tarikh keramat 19 Ogos 2022 jam 9.30 pagi di Mahkamah Syariah Bangi. Alhamdulillah. Jujurnya saya tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Terasa selesai satu bebanan dan trauma menghadapi kemelut dan drama bertubi-tubi.

Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam dalam tempoh 1 tahun 4 bulan untuk kali ketiga.

Usia perkahwinan yang menginjak hampir 20 tahun dan perhubungan selama 22 tahun bukan satu jarak yang singkat. Lama. Sudah terlerai ikatan suci ini.

Siapa yang tidak ralat. Namun Allah SWT yang pegang hati kita. Biar yang tahu sahaja tahu kisah hitam saya. Yang penting saya tak mampu nak menoleh ke belakang lagi. Cukup berakhir sampai sini.”

Kongsinya lagi, “Di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf selama ini buat semua rakan dan taulan di FB ini dan terima kasih buat sahabat handai dan semua ahli keluarga yang sentiasa ada bersama saya.

Hanya Allah yang mampu balas untuk doa dan kata-kata semangat kalian. Hanya satu yang saya pinta doakan saya dan Haykal kuat dan sentiasa dipermudahkan semua urusan kami.

Andai umur masih panjang maka jauh lagi perjalanan hidup kami. Banyak lagi cerita suka dan duka. Doakan kami semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amiin.”

Hasil perkongsian hidup Watie bersama bekas suami yang merupakan pakar pelaburan saham itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dikenali sebagai Haykal.

Semoga Watie terus tabah melalui hidup di samping anak tersayang kelak. Nona percaya pasti ada hikmah di sebalik dugaan hidup berkenaan.

Sumber: Facebook Atielia De Sams

kredit: https://www.mingguanwanita.my/


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post