Adam Lee sah bergelar suami Sweet Qismina dengan sekali lafaz, jumlah mas kahwin jadi perhatian

DENGAN sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada pagi Isnin.

Adam Lee sah bergelar suami Sweet Qismina dengan sekali lafaz, jumlah mas kahwin jadi perhatian



Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein.

ARTIKEL MENARIK:Tom Bersalin Tanpa Suami “Saya Sendiri Yg Lari Dari Rumah”


Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam.


Ia turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube.

Terdahulu, kedua mempelai masuk ke ruang dewan yang dihias indah dalam persalinan serba putih kira-kira pukul 10 pagi.


Sweet turut ditemani oleh ibu, Misnah Atan di pelamin sepanjang majlis pernikahan berlangsung.




Adam dan Sweet pada malam Sabtu sempat diraikan dalam majlis berinai yang bertemakan Jawa.

Menerusi perkongsian tersebut. Sweet dan Adam dilihat mengenakan busana bertemakan jawa sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, turut meletakkan kapsyen dalam bahasa Jawa yang membawa maksud ‘tidak perlu berjanji sehidup semati, yang penting mampu bertahan sampai mati’.

“Ora perlu berjanji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan memilih melangsungkan pernikahan setahun selepas hari pertunangan mereka.Sumber: mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post