‘Begitu lama saya tag Radzi, baru sekarang hendak jumpa?’ – Cikgu Fadli

PETALING JAYA – Penyandang jawatan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mahu berjumpa guru yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan isu beg berat murid.

‘Begitu lama saya tag Radzi, baru sekarang hendak jumpa?’ – Cikgu Fadli



Beliau menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan, Mohd. Fadli Mohamed Salleh.

ARTIKEL MENARIK:Mangsa kemαlαngαn mesej kawan-kawan sebelum ke Makkah, minta kalau nak kirimkan doa… “Hari ini seluruh Malaysia doakan arwαh”


“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Membalas hasrat itu, Mohd. Fadli mempersoalkan mengapa baru sekarang Mohd. Radzi ingin berjumpa dengannya sedangkan dia telah memperjuangkan mengenai isu tersebut sejak sekian lama.




“Beliau ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut. Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. Baru malam ini ada respon.

“Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada post beliau dan post KPM berkali-kali sejak bertahun lama?

“Rasanya sebab kebangkitan rakyat. Rakyat marah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga. Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :  https://www.kosmo.com.my/


Kredit -Slamber Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post