Bintang GegarVaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor memaklumkan kehadiran pengacara Elly Mazlein ke dalam persembahannya sehingga membuatkan dia ketawa adalah sesuatu yang dirancang.
Menurut Jac, dia tidak terganggu dengan kehadiran Kak Lina malah menyifatkan bekas peserta GV3 itu sebagai comel.
ARTIKEL MENARIK:Pelanggan lari tak bayar makanan, Linda Onn halalkan jika terlupa…
“Kak Lina tak kacau cuma dia comel. Saya tergelak tu bila tengok muka dia macam ‘kurang ajar kau panggil aku sekejap je eh’. Saya ketawa sebab nampak dia cute sangat, tak terganggu pun. Dia tak tahu sebenarnya. Saya rancang Kak Lina masuk sebab dia pernah bawa lagu ni dulu kan. Saya ada terfikir jugaklah kalau momen saya tergelak tu akan menjejaskan markah mana tahu kan, tapi tu la saya tergelak sebab sumpah muka dia lwak gila, itu sahaja,” kata Jac ketika ditemubual.
Jac ditemui pada majlis sidang media konsert minggu ketiga GV9 yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad. Dalam pada itu bagi juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dia tidak akan menghvkum seseorang peserta jika peserta itu terganggu dengan faktor-faktor yang tidak boleh dikawal.
“Bagi saya sendiri, ia tidak mempengaruhi markah peserta malah ia juga menunjukkan betapa profesionalnya artis tersebut untuk kawal situasi tersebut. Pada saya tiada masalah selagi penyanyi tersebut boleh kawal situasi, ia bukanlah satu masalah. Pada saya, Kak Lina sangat kelakar,
dia tidak mengganggu saya. Saya rasa dia tahu batas dia dalam cuba menghiburkan penonton tapi juri lain saya tak tahulah. Tapi kita sebagai juri tahu kalau peserta itu terganggu kerana Lina, kita tak akan hukum peserta. Sebab kita tahu kan, dia ni terganggu sebab Lina masuk tadi, so kita tak jatuh hukum pada peserta. Kalau kita tengok peserta tu tahu macam mana nak kawal situasi, itu menunjukkan dia punya profesionalisme, tiada masalah,” ujarnya. Sumber, Awattsyeikh.com
Kredit - Slamber Media
Post a Comment