Doktor perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan tampil menegur tindakan wanita beragama Islam yang mengenakan persalinan bertemakan Bollywood bagi menghadiri pelbagai majlis.
Menurut Dr Malar, dia terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit berhubung pemakaian dan perhiasan ala Bollywood apatah lagi melihat orang ramai baru selesai meraikan sambutan Deepavali.
ARTIKEL MENARIK:“Peguam Hafidzah Tanya Soalan Pasal Menang S4man Dan Isu Duit H4ram,” Ini Jawap4n Padu PU Azman
“Saya terpanggil untuk tegur sedikit apabila anda mengenakan pakaian tema Bollywood ni terutamanya kepada wanita. “Sebab pemakaian tema Bollywood ni, dia ada dua komponen. satu komponen bangsa India dan yang kedua komponen agama Hindu,” katanya menerusi satu video di akaun TikTok.
Video berdurasi hampir tiga minit itu kemudian dimuat naik semula di Facebook page miliknya, Celoteh Dr Malar sehingga mendapat lebih 24,000 perkongsian. Maaf kalau ada salah silap.
Dr Malar berkata, terdapat segelintir wanita Islam yang tidak dapat membezakan antara dua komponen tersebut sekali gus bimbang sekiranya mereka meIanggar hukvm agama.
“Kalau pakai tikka di bahagian dahi dan kepala, sari, rantai cantik-cantik, gelang, cincin, subang hidung atau subang telinga pun itu adalah budaya, tiada masalah.
“Tapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam pakai pottu, tak boleh ya. Pottu ni adalah agama Hindu. Kalau tengok wanita yang telah berkahwin, pakai merah. Belum berkahwin pula warna hitam.
“Sama dengan bindi, ni pun agama juga bukan budaya. Jadi anda kena berjaga-jaga pakai pottu atau bindi ketika mengenakan tema Bollywood. Takut jatuh apa-apa hukum,” ujarnya. Sementara itu, dia juga mengingatkan wanita Islam supaya berhati-hati apabila memakai tema sebegitu kerana hanya perlu memilih bangsa serta budaya sahaja dan bukannya agama.
“Sebagai seorang yang beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang-orang Islam terutamanya, saya tahu macam mana… “…kawan-kawan saya sangat menjaga hukum syirik, murtad, haram semua, sangat penting untuk anda.
“Jadi berhati-hati bila anda mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar, ambik yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” pesannya lagi. Sumber ohmy media.
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment