Lelaki Ingat Bahu Terkehel Sahaja, Ini Rupanya Berlaku…

Seorang pekerja am di sebuah syarikat minyak dan gas di Gebeng dekat sini tidak menyangka kesakitan yang dialami di bahagian bahu kanannya sebagai petanda dia menghidap barah tulang.

Lelaki Ingat Bahu Terkehel Sahaja, Ini Rupanya Berlaku…



Muhammad Adli Azahar, 29, berkata pada mulanya dia menganggap sakit di bahunya itu sekadar terkehel dan mendapatkan rawatan tradisional dengan kaedah berurut.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki Ni Terlibat Dgn Kem4langan, Sambil Tunggu Ambulans Gelagat Dia Tarik Perhatian Ramai


“Apabila buat pemeriksaan, doktor hanya maklumkan saya mengalami ‘frozen shoulder’ atau bahu membeku dan memberi ubat tahan sakit sahaja.

“Sakit bahu makin serius sampai nak tidur pun susah mulai penghujung Mac lalu sehingga saya ambil keputusan berhenti tidak mampu menahan sakit ketika bekerja,” katanya ketika ditemui di Taman Balok Sejahtera, dekat sini, semalam.

Muhammad Adli kemudiannya membuat pemeriksaan kali kedua di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) pada 19 Ogos lalu dan sehari selepas itu dirujuk ke Klinik Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Indera Mahkota.




“Doktor melakukan ujian X-ray, CT Scan, Magnetic Resonance Imaging (MRI), mengambil sampel darah dan daging bagi mengesan penyakit yang dihidapinya.

“Bagai nak luruh jantung saya apabila pakar perubatan mengesahkan saya menghidap barah tulang atau Ostesarcoma pada 12 September lalu.

“Gelap dunia saya seketika. Ingatkan hanya patah biasa, pasang skru dan baik,” katanya.

Muhammad Adli berkata, bengkak di bahunya membesar dengan cepat dalam tempoh dua bulan dan kini hampir menyamai saiz bola sepak.

Pergerakannya juga semakin terbatas dan memerlukan penjagaan rapi daripada isterinya, Nurul Effa Syamira Faimi, 25.

Begitupun, katanya, dia kini bekerja di sebuah bengkel membaiki motosikal untuk mencari pendapatan bagi menampung kos rawatan, bayaran rumah sewa dan perbelanjaan harian.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, penyakitnya semakin serius dan perlukan pembedahan segera bagi membuang ketumbuhan yang semakin membesar itu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk melakukan pembedahan itu hanya dapat di ketahui selepas menjalani rawatan kemoterapi yang ke empat.

“Ada 11 pusingan semuanya dan saya baru buat dua sesi di Hospital Kuala Lumpur. Selepas sesi ke empat, saya akan melakukan prosedur MRI, CT Scan dan ujian darah sekali lagi sebelum doktor membuat keputusan mengenai pembedahan implan besi.

“Harga besi (menggantikan tulang) sahaja RM38,000 tidak termasuk kos pembedahan, caj rawatan, kos ubat-ubatan, makanan kesihatan, kos perjalanan bagi rawatan susulan yang perlu ditanggung.

“Semua duit simpanan sudah habis digunakan dan kini mengharapkan bantuan daripada ibu, Tuan Majrah Tuan Majid, 49, yang bekerja sebagai pembantu kantin kilang dan sumbangan saudara mara sahaja,” katanya.

Kepada mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh hubungi Muhammad Adli di talian 017-907 5973.

 

Sumber : Harian Metro


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post