KISAH ‘makcik baju merah’ hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu, selepas seorang pengantin melahirkan rasa kurang senang dengan wanita itu pada hari bahagianya. Ia ekoran kelibat wanita berkenaan yang banyak kali muncul di merata-rata sepanjang majlis,
sehingga ‘merosakkan’ gambar-gambar serta video pernikahan pengantin berkenaan. Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, pengantin bernama Zarah Yusoff memaklumkan isu tersebut sudahpun selesai, selepas wanita berkenaan memohon maaf.
ARTIKEL MENARIK:Isteri DDNK Buat Laporan Polis Difitnah Mesra Bergambar Dengan Mat Sabu
Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Zarah berkata dia dan keluarganya bersemuka dengan wanita tersebut beserta pihak masjid untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Saya bersama keluarga telah bertemu dengan wakil daripada pihak masjid dan makcik berkenaan bersama dengan suami serta anaknya. “Kami telah berbincang mengenai isu-isu yang berlaku untuk mereka perbaiki bagi mengelakkan ia berlaku lagi di masa akan datang. “Kiranya sudah selesai di antara saya dengan makcik itu. Makcik tu sudah meminta maaf kepada saya dan saya meminta maaf kepadanya. Jadi, tiada isu lagi… sudah bermaaf-maafan,” katanya.
Disebabkan kedua-dua pihak sudah menyelesaikan isu tersebut, Zarah berkata dia sudah memadamkan video-video yang ditularkan di aplikasi TikTok sebelum ini.
“Cuma makcik itu minta untuk tidak melibatkan nama pihak masjid kerana apa yang berlaku adalah kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri, bukannya dari pihak masjid.
“Keduanya, anak dia minta untuk tidak tag atau mention nama kakak dia, MummyBunga, lagi di media sosial. Saya harap siapa yang tag atau mention, untuk delete.
“InsyaAllah pihak masjid akan memperbaiki perkara itu dari mengelakkan ia berlaku lagi di masa depan. Alhamdulillah semuanya selesai dan harap tak dipanjangkan lagi,” ujarnya.
Carian di laman TikTok mendapati video-video ‘makcik baju merah’ sudahpun dipadamkan dari akaun Zarah. Menjengah ke laman komen pula, rata-rata netizen turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkenaan diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, jalan terbaik.
“Tak apalah, benda boleh bincang, jangan gaduh-gaduh. Ada hikmah di sebalik kejadian.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih,” demikian antara komen netizen.
Sumber : mStar
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment