Media hari ini melaporkan yang Penceramah selebriti, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan amang s3ksual terhadap dua remaja lelaki tahun lalu. #puazman
ARTIKEL MENARIK:Ini KatKata Dari NeelofaLpas Ada Netzen Diktakan BrjayaAmbil GambarBilal Dan Sbarkan
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang s3ksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
PU Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang s3ksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan keluc4han melampau.
Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.
Selain itu, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
PU Azman yang memakai baju kurta berwarna gelap kelihatan tenang ketika berada di perkarangan mahkamah.
Beliau selepas itu hadir dengan ditemani peguam, kakak dan abang iparnya pada pukul 8.30 pagi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.
“Beliau juga telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik.
“Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban,” katanya dalam prosiding kes di sini hari ini.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai
Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan paspot diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.
Sementara iitu, PU Azman ketika ditemui selepas membayar duit jaminan pada pukul 2.40 petang tadi mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.
“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam,” katanya.
Terdahulu Lebih sebulan pendakwah bebas dan pelakon, Azman Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman ‘menghilangkan diri’ dan tidak kelihatan di media sosial mahupun di kaca televisyen. Namun, baru-baru ini PU Azman dilihat memuat naik foto dirinya menghadiri sebuah kenduri.
PU Azman menghilang?
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Azman Syah Alias dilihat bergambar bersama beberapa ahli keluarga yang lain sambil berdiri ketika menghadiri sebuah kenduri setelah lebih sebulan tidak mendengar khabar berita.
Alhamdulillah, jarang dapat berkumpul bersama, semua lengkap.
Namun, apa yang membimbangkan warganet adalah sosok tubuhnya yang disifatkan semakin susut dan bentuk muka kelihatan sedikit cengkung. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah bebas berusia 41 tahun itu dipermudahkan serta dipelihara dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Hasil pemerhatian , foto berkenaan telah dipadam dan kali terakhir dikemaskini adalah pada awal September lalu.
Foto tangkap layar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://limauasamboi.pw/
Kredit -Slamber Media
Post a Comment