Ramai ambil peluang dekati individu dakwa keturunan Rasulullah, siap ada tolong kupas kulit udang

KEHADIRAN seorang lelaki ke Malaysia yang mendakwa dia merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad meraih perhatian orang ramai.

Ramai ambil peluang dekati individu dakwa keturunan Rasulullah, siap ada tolong kupas kulit udang



Dalam satu rakaman tular, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang berasal dari Maghribi dilihat sedang berada dalam satu majlis sambil dikerumuni tetamu yang hadir.

ARTIKEL MENARIK:Kerana Menagku Keturunan Nabi Muhammad SAW, Lelaki Ni Terima Satu Layanan Istimewa. Sanggup Dia Buat Sampai Macam Tu


Berpeluang untuk bertentang mata dengannya, seorang lelaki yang sedang mendukung bayi tidak melepaskan peluang untuk merakam swafoto bersama individu berkenaan.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi seorang lagi lelaki berserban sedang mengupas kulit udang untuk Mawla.

Video itu dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Daisy Rose dengan kapsyen ‘Ya Habibi’ sehingga meraih 1.8 juta tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)




Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada Mawla.

“Untunglah nak makan udang pun ada yang tolong buangkan kulit.

“Rasanya dia tak nak orang kupaskan tapi orang mengada-ngada nak ambil berkat sampai nak kupaskan.

“Mawla nampak tak selesa di situ,” tulis beberapa netizen.


Untuk rekod, nama Mawla tular selepas dia datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Namun, kisahnya bertambah kecoh apabila program yang dirancang tidak mendapat kelulusan jabatan agama beberapa negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan, sehingga ia terpaksa dibatalkan. Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post