Rasa dirinya dijadikan ‘bahan’, Caprice nak saman Mydin?

Nama penyanyi rap sensasi, Cap tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi.

Rasa dirinya dijadikan ‘bahan’, Caprice nak saman Mydin?



Malah, pemilik nama ArizRamli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] 15 Tahun Senyap Sunyi, Sekali Kemunculan Semula Waheeda Wassini Raih Perhatian Peminat


Nama ‘cap’ ‘rice’ dijadikan bahan jenaka Mydin?

Terbaharu, muncul pula isu berbangkit di mana salah sebuah pasaraya tersohor, Mydin memuat naik ciapan dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi berusia 34 tahun dengan mempromosikan barangan.


Menerusi ciapan tersebut, pihak sosial media pasaraya tersebut hanyalah menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘. Cap minta Mydin mohon maaf dalam tempoh 24 jam. Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Cap meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut

Kalau tak, Cap nak saman?
Dalam hantaran berikutnya, Cap mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Cap rasa dihlna dan tidak selamat lagi. “Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihlna oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.

“Penghlnaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Cap. Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.

Hangat sejak beberapa hari ini mengenai penyanyi rap Cap yang dikatakan cuba untuk ‘menempel’ dalam setiap lsu yang menjadi tular di media sosial. Dari kisah pendakwah pd0fiIia hinggalah kepada ke,s Cikgu Fadli, Cap baru-baru ini mendakwa dia menerima banyak mesej di media sosial yang memintanya untuk mengulas dan mengambil tindakan terhadap isu seperti kecvrangan Hanafi dan juga MawIa yang mendakwa dirinya cicit Rasulullah S.A.W.

Berikutan terlalu banyak permintaan daripada netizen, Caprice menerusi satu hantaran di Instagram Story ada mengiklankan satu ‘jawatan kosong’ sebagai penyiasat dan menyertai ‘team’ di bawah kelolaannya.

So sorry guys, tiba-tiba banyak kes/issue masuk. Beri saya masa untuk reviu. Ada siapa-siapa nak join team saya. Untuk bantu cover / research / dan create content? Hantaran IG Story itu kemudiannya dimuat naik di Twitter dan telah menerima banyak kritlkan dan respon oleh netizen.






Yang menjadi persoalan kebanyakan netizen adalah berapa gaji yang ditawarkan Cap dan adakah selama ini penyanyi itu hanya mencari topik sensasi untuk dijadikan kandungan media sosial semata-mata?

Dalam pada itu, netizen juga meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah orang yang gemar melaporkan sesuatu isu kepada personaliti media sosial atau artis dan bukannya dibawa kepada pihak bertanggungjawab. Sumber Ohmy media & beautifulnara.

 

Kredit -Bulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post