“Saya Berdua Tak Pernah Tinggal Dia..” – Tiga Tahun Dengan Arwah, Ini Komen Suami Tentang Anak

Suami kepada mangsa maut terperangkap dalam kereta terbakar selepas kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi mendedahkan isteri, Nurul Nazihah memintanya keluar dulu daripada kereta untuk selamatkan diri.

“Saya Berdua Tak Pernah Tinggal Dia..” – Tiga Tahun Dengan Arwah, Ini Komen Suami Tentang Anak



Memetik laporan Kosmo!, mangsa menyuruh suaminya, Redzuan Jamil keluar kerana ketika itu memang ada satu jalan keluar daripada cermin atas kepala suami.

ARTIKEL MENARIK:Mangsa kemαlαngαn mesej kawan-kawan sebelum ke Makkah, minta kalau nak kirimkan doa… “Hari ini seluruh Malaysia doakan arwαh”


“Awak keluar dulu” – Nurul Nazihah

Redzuan terus keluar kemudian cuba selamatkan isteri tetapi tak sempat. Dia cuba kopak cermin depan dan menarik arwah keluar tapi gagal.

Saya cuba kopak pintu penumpang pula tetapi dia tak boleh keluar kerana kakinya tersepit di dashboard. Ketika itu kereta saya pula meletup kemudian api mula marak.

Ketika itu dia masih cuba selamatkan isteri tapi ditarik orang awam yang melihat api semakin besar.

Berdua ke mana-mana pergi

Dalam temu bual itu, Redzuan berkata, dia dan isteri tak pernah berenggang sebelum ini. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan berdua bersama isteri walaupun untuk urusan kerja.

3 tahun dengan dia saya takde anak. Jadi saya berdua tak pernah tinggal dia mana-mana saya pergi. Saya tak pernah tinggal dia. Melainkan kalau dia ada kerja dia kata tak boleh ikut baru saya tinggal dia tapi memang kebanyakannya saya tak pernah tinggal dia lah. Masa saya berdua je dengan dia.

Kakak Arwah Ucap Terima Kasih Kepada Semua

Menurut kakak arwah lagi, adik beliau sebenarnya tidak hamil seperti yang perkatakan oleh sesetengah pihak

Kongsinya lagi, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Gelang Patah untuk ke stadium menyaksikan perlawanan bola Johor Darul Takzim (JDT).





Jenazah Nazihah selamat dikebumikan

Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan dekat Sedenak, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Kota Tinggi, petang ini.

Jenazah Nurul Nazihah atau dikenali di kalangan ahli keluarga sebagai Azi selamat dikebumikan kira-kira jam 3.40 petang.

Lebih 100 sanak-saudara dan rakan taulan membanjiri kawasan tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Suasana tenang mula bertukar hiba sebaik van yang membawa jenazah Azi memasuki kawasan perkuburan kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Lukut Batu Empat sebelum di bawa kediaman ibu bapanya.

REDZUAN (kiri) dan Kamalul Ariffin (kanan) menyiram air ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Tinjauan di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut Batu Empat sejak pagi tadi mendapati ratusan saudara mara dan sahabat handai memenuhi perkarangan rumah keluarga Azi bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.

REDZUAN ditenangkan ahli keluarga dan rakan ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.

Kredit: Kosmo!


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post