Shiera siap telefon minta kepastian, Sharifah Sakinah minta keluarga jangan campur tangan

PELAKON Sharifah Sakinah meminta ahli keluarga tidak mencampuri urusan rumah tangganya selepas memberi bayangan perkahwinan dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Miachael Hensen sedang dilanda masalah.

Shiera siap telefon minta kepastian, Sharifah Sakinah minta keluarga jangan campur tangan



Jawapan itu diberikan kepada kakaknya, Sharifah Shahirah ketika penyampai radio Suria FM itu menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian berhubung kenyataan dibuat aktres itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

ARTIKEL MENARIK:Selalu Kena ‘P1kat’ Dengan Elly Mazlein Atas Pentas, Ini Respon Fuad Rahman


Shahirah atau Shiera berkata, dia sendiri tidak mengetahui tentang situasi sebenar rumah tangga Sakinah dan hanya mengetahui tentang status dibuat adiknya itu selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya.

“Saya memang tak tengok posting dia di Instagram, saya dapat tahu pun apabila anak tunjuk pada saya dan terfikir onar apa pula yang dibuatnya kali ini.

“Saya ada menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian tapi dia minta keluarga jangan masuk campur.

“Sakinah cuma cakap, what happened in the net stay in the internet… saya pun tak tahu apa gimik dia kali ini,” katanya

Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mencetuskan tanda tanya memberitahu dia dan Michael mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.

“Kami berbeza pendapat, kepercayaan, prespektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia bukan individu sesuai untuk memberi sebarang pengesahan berhubung isu rumah tangga adiknya itu sebaliknya meminta Sakinah sendiri meletakkan noktah tentang perkara yang dia mulakan.

Kata Shiera, pihak keluarga juga berada dalam keadaan tenang apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membiarkan Sakinah menyelesaikan sendiri semua masalahnya.




“Keluarga semua pun tenang sahaja dengar spekulasi terbaharu ini, biarlah orang nak buat spekulasi apa pun. Ada orang ambil peduli ke?

“Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shiera mengesahkan Sakinah berada di Malaysia dan akan bertemu dengan adiknya itu pada Ahad ini.

VIDEO :

Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.

Sakinah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Manakala Michael juga mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post