‘Awak kena Kuat Demi Yem & Som’ –posting Bekas Suami Nad Zainal pula undang hiba..

BEKAS suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

‘Awak kena Kuat Demi Yem & Som’ –posting Bekas Suami Nad Zainal pula undang hiba..



Faliq berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadiah Zainal Abidin, 32, kuat melawan sakit yang dihadapi demi dua orang anak mereka.

ARTIKEL MENARIK:lNNALILLAH..Nad Zainal Ditldurkn, Ungku Ismail k0ngsi perkembangan pagi ini


“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem (Fahad Ibrahim) dan Som (Budi Kalsom),” katanya.

Faliq menulis kata-kata tersebut menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Faliq juga memohon orang ramai mendoakan Nad yang kini sedang bertarung melawan penyakit di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita pelakon drama Cina Buta ini dimasukkan ke hospital mula mendapat perhatian ramai selepas rakan artis iaitu Ungku Ismail berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

Dalam temu bual, Ungku memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan pada paru-paru.


Susulan itu, Nad perlu menjalani beberapa rawatan bagi masaalah tersebut.




Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Awal September lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perceraian.Sumber:mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post