Belum sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua

PASANGAN selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Belum sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua



Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:Yusuf Selalu Usung Zizi ke Lokasi, Sekali Ada Benda Lain Yang Jadi Buat Intan Najuwa Akur


Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya.


Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai.

“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu.

“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.




Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.


Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.

Insiden itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap curang selain didakwa pernah bergelar seorang gigolo dan menjalinkan hubungan songsang.

Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik.Sumber:mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post