“Apabila tak disangka-sangka.” Demikian tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein di Instagramnya, yang disertakan dengan gambar bahagian lututnya yang dipakai dengan penyokong lutut.
Menerusi hantaran sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.
ARTIKEL MENARIK:Ziana Zain Dedah Kisah Sebelum Lapor Bekas Suami Pada P0lis. Ini Pesanan Ziana Zain Kepada Anak Bila Ayah Mereka Sudah Tua
“Terima kasih sayang-sayang saya, Shahrulezad, Radius One, Encik Fazli, Encik Sham, artis, dan kru pasukan manjakan Kepom (saya) sangat.
“Tolong Kepom siap letak ‘spray’ lah, ais lah, beli itu, beli inilah untuk si budak lutut yang meletup ini.
“Siap panggil orang fisioterapi datang periksa lutut. Terima kasih,” tulisnya.
Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu juga memaklumkan bahawa kecederaannya tidak terlalu serius.
“Alhamdulillah, tak serius. Cuma berjalan itu agak tak seperti Miss World lah dik,” tulisnya.
Namun, Elly tidak menjelaskan dengan terperinci, bagaimana insiden itu berlaku.
Rata-rata, peminat dan pengikutnya di Instagram mendoakan kesejahteraannya dan memintanya supaya berhati-hati ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 9 malam ini.
KOMEN NETIZEN:
Terlalu ‘Hyper’, Netizen Terhibur Tengok Nabil Kalut Handle Kak Lina Di GV
Peminat Gegar Vaganza sudah tahu bahawa Elly Mazlein di Gegar Vaganza sebelum ini aktif tetapi disebabkan lutut cedera pada hari siaran langsung GV netizen telah memberi tips bagaimana Kak Lina mengacara nanti.
Netizen turut suruh Kak Lina mengacara GV itu dengan berdiri sahaja tak perlu bergerak. Rata rata mengharapkan agar Kak Lina tidak tarik diri dari Gegar Vaganz malam ini.
Lutut Kak Lina ‘Meletup’ Masa Shooting – “Malam Ni Nabil Senang Hatilah Tak Kena Berkejaran …”
Malang tidak berbau apabila selebriti Elly Mazlein berdepan dengan masalah sakit lutut ketika sedang menjalani penggambaran drama bersiri Gila Viral pada petang tadi.
Menerusi laman Instagram Elly atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.
“Apabila tak disangka-sangka… terima kasih ma love @budakijat @radiusone_official, En Fazli, En Sham, artis dan krew team manjakan kepom sangat.
“Tolong kepom siap letak spray la ais la beli tu beli ni la untuk si budak lutut yang meletop ni,siap panggil orang physiotherapy datang check lutut. Terima kasih.
“Alhamdulillah tak serius… cuma jalan tu agak tak macam Miss World la dik,” kongsi Elly menerusi laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Elly tidak berkongsi dengan lebihterperinci mengenai kecederaan tersebut.
Rata-rata netizen mendoakan agar Elly cepat sembuh selain berharap penyanyi itu tetap mengacarakan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-9 pada malam ini.
“Kak Kepom jangan pula malam ni tak datang GV. I cannot la if you tak ada. Kak Kepom jadi host duduk kerusi pun ok.
“Malam ni haji Nabil senang hatilah kot ek dah tak ada nak kena berkejaran atas stage. Kak kepom statik saja duk setempat.
“Malam ni adakah konsep berkerusi roda?” komen beberapa netizen.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Sumber : HMETRO ONLINE
Kredit -
Post a Comment