Foto Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah tular, peminat tak sabar ke pawagam

TIDAK hanya menyatakan sokongan terhadap perjuangan Datuk Seri Anwar Ibarahim sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelakon Farid Kamil dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem yang memegang watak sebagai tokoh politik tersebut.

Foto Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah tular, peminat tak sabar ke pawagam



Menariknya tentang filem tersebut, ia adalah kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia yang memaparkan kisah hidup ahli politik terkenal itu dan turut menggabungkan pelakon daripada dua negara berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Selepas 12 Tahun Pemergian…”, Sebijik! Wajah Terkini Anak Arw4h Achik Spin Jadi Bualan Peminat


Pelakon Indonesia, Acha Septriasa diberi peranan membawa watak sebagai isteri Anwar iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

farid kamil 1

Gabungan Farid dan Acha dilihat sangat tepat membawakan watak Anwar serta Wan Azizah.

Gambar Farid dan Acha yang sedang menjalani penggambaran filem berjudul Jalan Masih panjang itu mula tular di media sosial sejak Selasa.

Peminat mula tidak sabar menunggu tayangan filem berkenaan selain melihat Farid sebagai pilihan sesuai diberikan tanggungjawab menggalas watak sebagai Anwar.

“Terbaik Farid Kamil, utara dia lebih tulen, memang sesuai bawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Filem mampu buat kesan begitu mendalam serta emosional. Saya harap filem biografi Anwar ini tidak hanya buat kita menangis tetapi ia akan jadi fenomena.

farid kamil 3

Ramai peminat tak sabar menantikan filem Jalan Masih Panjang.

“Tidak sabar nak menonton, kisah perjuangan penuh liku dan derita yang berlaku di Malaysia yang dicintai,” komen netizen.




Filem arahan Viva Westi itu turut menampilkan pelakon Hasnul Rahmat yang memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Untuk rekod Anwar akan bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU15 yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber/ Kredit : https://www.mstar.com.my/


Kredit -Slamber Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم