PELAKON veteran Mak Jah meluahkan rasa syukur masih menerima tawaran lakonan meskipun usia semakin meningkat.
Kata Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, bayaran yang diterima daripada pihak produksi masih munasabah dan masuk akal.
ARTIKEL MENARIK:“Maruah Sudah Tercalar”-Penganjur Dedah Keadaan Konsert Zamani,Cuma Terima Bayaran Sebanyak Ini
“Kalau soal bayaran tu setakat ni bagi Mak Jah belum ada kurangnya.
“Syukur Alhamdulillah terutama kepada penerbit Haji Zil… saya tidak pernah bertanya soal bayaran.
“Tapi duit saya tetap ada dan memuaskan,” katanya.
Beberapa tahun yang lalu Mak Jah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu pada 2016.
Dia bersyukur kesihatannya kini semakin pulih. Berkongsi mengenai usahanya merawat penyakit itu, Mak Jah berkata, dia menggunakan semua wang simpanannya untuk menampung kos perubatan.
“Dalam usaha saya untuk berubat, memang saya kena gunakan semua wang simpanan sampai habis. Barang kemas pun saya terpaksa korbankan sebab kos perubatan mencecah RM52,000.
“Alhamdulillah, atas doa keluarga, kawan-kawan dan peminat, kesihatan saya sudah semakin baik,” katanya.
Disebabkan penyakit itu juga, Mak Jah terpaksa membataskan kerja-kerja lakonannya.
“Pihak produksi yang menawarkan kerja lakonan kepada saya pun kebanyakannya sudah sedia maklum mengenai keadaan kesihatan saya.
“Kalau dulu, dalam usia 60-an, saya masih boleh berlakon watak-watak kasar dan ganas contohnya dalam filem Bohsia Jalan Kembali, tapi sekarang dah tak kuat macam dulu lagi. Ada juga tawaran yang saya terpaksa tolak kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan,” katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, Mak Jah merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama Jesnita, pelakon lain yang terlibat adalah seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz dan Malek McCrone.- Sumber : mStar/HM
VIDEO :
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment