PELAKON Adam Shahz meminta bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa mengubunginya segera bagi menyelesaikan isu penjagaan anak mereka iaitu Ivery Herra Sophia.
Kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, jika permintaannya itu tidak dipenuhi, dia akan membawa kes ini ke mahkamah.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Nak Melawat Nad, Tapi Tak Boleh Sebab…”, Sekali Aeril Zafrel Ded4h Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu
“Saya memang tidak akan berdiam diri kerana apa yang saya lakukan ini semuanya adalah untuk menuntut hak keadilan dan maruah… lagipun selagi pihak sebelah sana mendiamkan diri jadi selagi itu saya akan tetap teruskan lantang di media sosial.
“Saya akan tetap bawa kes ini kepada pihak mahkamah dan biar mereka yang selesaikan lagipun saya tak kisah sekiranya sanggup habiskan duit janji saya dapat tuntut hak penjagaan dan dapat bertemu dengan anak saya.
“Kalau dia saksikan video ini satu je saya nak pesan, tolong jumpa dan hubungi saya… saya tak mahu orang tengah yang selesaikan isu rumah tangga kita, jangan sampai saya buka aib satu persatu tu okay,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Adam memberi amaran sebarang bentuk komen berbaur negatif atau fitnah oleh netizen akan di bawa kemuka pengadilan.
“Saya memang sengaja tidak memadam komen di media sosial walaupun ramai yang beri komen negatif, semuanya itu akan saya kumpul dan tunggu saja surat saman daripada saya.” luahnya.
Baru-baru ini tular gambar Fatin menjadi bualan ramai memaparkan aktres itu bersama seorang lelaki didakwa kekasihnya.
Menerusi gambar tersebut, Fatin dilihat berpegangan tangan dengan lelaki misteri itu sekaligus membuatkan netizen tertanya-tanya siapa gerangan jejaka kacak itu.
Di media sosial, ada netizen mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang jutawan namun tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu.
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa mungkin ini sebab mengapa bekas suami ‘meroyan’ kerana Fatin dikatakan sudah bahagia bersama yang lain.
Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin segera mendirikan rumah tangga serta memuji pasangan itu sememangnya sama cantik, sama padan.
Terdahulu, Fatin berkata dia sudah pun move on daripada kisah lalu perkahwinannya serta mengatakan bakal berkahwin dengan teman lelakinya.Sumber:mStar,RotiKaya
VIDEO:
Post a Comment