Mahu terus ‘lawan’ A. Aida, Amelia Henderson yakin tidak bersalah…Hormat keputusan Idris Khan

PELAKON Amelia Henderson tetap dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali kerana yakin dirinya tidak bersalah.

Mahu terus ‘lawan’ A. Aida, Amelia Henderson yakin tidak bersalah…Hormat keputusan Idris Khan



Amelia berkata, walaupun berasa gementar namun dia yakin dengan barisan peguam mengendalikan kes berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Di Katakan Meroyan Bila Fatin Afeefa Tayang Kekasih Jutawan, Ini Reaksi Pedas Adam Shahz ‘Lailahaillallah.. Kalau Dia Jemput, Saya Datang’


Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berlangsung pada pagi Selasa.

“Saya ada keyakinan dan saya tidak bersalah… jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam dan diri saya sendiri. Saya okay,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan pelakon Idris Khan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, Amelia memberitahu itu adalah hak aktor tersebut.


“Saya sokong keputusan kawan saya dan dia ada hak untuk buat keputusan tersebut,” katanya.

Pada perbicaraan hari pertama kes berkenaan di hadapan hakim Zulqarnain Hassan, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu penerbit, Datuk A. Aida dan pengarah drama, Reza Baharuddin.

Riza memberitahu mahkamah, Amelia selaku defendan pertama kes tersebut tidak bersetuju menukar tarikh penggambaran ekoran skrip drama berkenaan yang masih belum siap sepenuhnya.





Saksi turut memberitahu pada 15 Jun 2022, pengurus kepada Amelia ada menghubunginya kerana tidak bersetuju dengan jalan dan konsep drama berkenaan yang dianggap berbeza.

“Defendan pertama tidak berhasrat menukar tarikh penggambaran selepas ia ditunda sebanyak tiga kali ekoran masalah skrip masih belum siap selain jadual artis lain perlu kembali diselaraskan mengikut waktu sesuai,” katanya.

Riza menjawab soalan berkenaan selepas ditanya oleh peguam defendan pertama, Munirah Najihah Shaari dan Farhanna Roslan.

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa plaintif dan stesen televisyen yang menawarkan defendan pertama watak dalam drama tersebut.


Sementara itu, A. Aida dalam keterangannya memberitahu mahkamah disebabkan pelanggaran kontrak berkenaan, pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM210,000.

A. Aida turut tidak bersetuju apabila peguam defendan pertama mengatakan pihak penerbit sengaja mereka jumlah kerugian tersebut.

Sebelum itu, A. Aida dan defendan kedua, Idris Khan mencapai kata sepakat menyelesaikan berkenaan yang mana penerbit itu menarik balik saman terhadap aktor itu tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

Idris diperintahkan memulangkan wang pendahuluan membintangi drama itu yang diterimanya sebelum ini sebanyak RM3,780 kepada A. Aida sebagai penyelesaian luar mahkamah selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap penerbit berkenaan.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi tersebut sebelum penghujung November 2022.

Untuk rekod, A. Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat-saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Penerbit itu menjelaskan tindakan diambilnya kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

A. Aida diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Idris diwakili Jason Wee.Sumber:mStar


Kredit -Bulletin 50 Times.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post