Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai gara-gara fesyen yang dipakainya baru-baru ini.
Macam yang semua sedia maklum, selebriti itu mengambil keputusan untuk mengenakan niqab sejak beberapa tahun dahulu dan kekal memakainya sehingga sekarang ini.
ARTIKEL MENARIK:“Benda Sensitif Jangan Buat Gurau” – Netizen Kaitkan ‘Posting’ Ryzal Bila Melihat Maryam Jatuh
Namun ada kalanya, fesyen yang digayakan oleh Neelofa menjadi bualan netizen di media sosial seperti perkongsian terbarunya ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Neelofa dilihat menghadiri sebuah acara yang diadakan oleh sebuah jenama mewah dunia iaitu Dior.
Di dalam video tersebut, Neelofa menggayakan skirt bersama boots berwarna hitam dengan perhiasan beg dari jenama tersebut. Selebriti itu telah menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia menggayakan imej berpurdah bersama-sama pakaian yang singkat menampakkan bentuk kakinya.
Susulan itu, perkongsian tersebut menerima reaksi kurang baik dari netizen yang menegur usahawan itu untuk berjaga-jaga dalam berfesyen terutamanya dengan imej berpurdahnya itu. Walaupun Neelofa tidak mendedahkan kulitnya dengan pemakaian skirt itu, ramai yang menganggap imej itu tidak sesuai kerana menampakkan bentuk kakinya.
Dalam masa yang sama, ada yang turut mempersoalkan tanggungjawab suaminya, PU Riz yang merupakan seorang pendakwah dalam menegur penampilannya itu. Perkongsian terbaru dari Neelofa itu juga membuatkan rata-rata peminatnya berasa kurang senang dan mengatakan imej tersebut tidak sesuai dengan wanita yang memakai purdah.
Meninjau di ruangan komen, imej yang digayakan oleh Neelofa ini turut menerima sindiran dari kebanyakan netizen. Malah ada juga yang berasa terkejut dengan gambar yang dikongsikan itu dan menyangka ia adalah gambar lama selebriti itu pada awalnya.
“Wow lain macam eh fesyen purdah sekarang.”
“Ni gambar lama atau baru? Macam mana perempuan berniqab boleh pakai skirt?”
Post a Comment