Telefon Kena Curl, Mekyun Terus Bawa Polis Pergi Rumah Pencurl Lepas Dapat Kesan Lokasi

Telefon antara barang berharga pada zaman kini dan ada banyak maklumat penting yang disimpan di dalam setiap telefon pintar seperti maklumat perbankan dan peribadi. Baru-baru ini pula, Tik Toker terkenal iaitu Mekyun mengalami detik cemas apabila kehilangan telefon miliknya itu.

Telefon Kena Curl, Mekyun Terus Bawa Polis Pergi Rumah Pencurl Lepas Dapat Kesan Lokasi





Menurut gadis berbangsa Cina itu, dia berjaya mengesan di manakah lokasi telefon pintarnya itu selepas beberapa hari kehilangannya. Sebaik sahaja mendapatkan lokasi tersebut, Mekyun bergegas ke tempat itu bersama-sama pihak polis untuk mendapatkan semula telefonnya.

ARTIKEL MENARIK:Bekas suami minta Lufya jangan menipu di media sosial, buat laporan polis fitnah isu nafkah anak


Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Mekyun tiba di sebuah kediaman bersama beberapa anggota polis. Turut dapat dilihat, sebuah kereta peronda polis yang berada di hadapan rumah tersebut di mana dua anggota polis sedang memanggil suspek yang berada di dalam rumahnya.

“Phone Mekyun kena curl tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang lah dia nak curl telefon.”

telefon

Difahamkan, telefon tersebut diserahkan semula oleh pencurl sebaik sahaja dia melihat ketibaan pihak polis di tempat tersebut. Dalam masa yang sama, Mekyun turut menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang menjadi barang penting pada masa kini.

“Lain kali fikir dua kali sebelum awak nak curl telefon orang okay?”

mekyun




Mekyun turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang membantunya sepanjang proses tersebut sehinggalah mereka akhirnya berjaya mendapatkan semula telefonnya. Sekadar makluman, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee terkenal di media sosial selepas memuat naik video bercakap dalam dialek Kelantan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber/ Kredit :  https://himpunanceritalawak.com/

 


Kredit -Slamber Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post