Teman lelaki reda pemergian Syazlin Zainal, tak akan lupa semua kenangan bersama

PEMERGIAN Allahyarham pelakon Syazlin Zainal bukan sahaka dirasai ahli keluarga tetapi turut meninggalkan kesan mendalam kepada teman lelakinya dikenali sebagai Shaf Pablo.

Teman lelaki reda pemergian Syazlin Zainal, tak akan lupa semua kenangan bersama



Shaf berkata, dia tidak akan melupakan semua kenangan bersama arwah meskipun hubungan mereka dalam jangka masa singkat.

ARTIKEL MENARIK:“Subahanallah Berserinya Muka..” Lisa Surihani Kongsi Foto Berpakaian Ihram, Dibanjiri Doa Rakan Selebriti & Peminat


“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya tidak akan lupakan semua kenangan manis, suka, duka, gembira kita bersama.

“Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap. Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan merasai kematian.

“Perkara paling hampir dengan kita adalah kematian serta benda paling jauh dengan kita adalah hari semalam,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Shaf turut hadir pada upacara pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 kira-kira pukul 10 malam, Jumaat.


Dalam pada itu, Shaf berkata, dia reda dengan pemergian insan tersayang meskipun berat menerima kenyataan.




Katanya lagi, dia akan cuba meneruskan kehidupan tanpa Syazlin di sisi dan sentiasa mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Sayang percayalah saya akan cuba sedaya upaya yang mampu untuk kuat mengharungi liku-liku kehidupan ini berseorangan tanpa awak sayang.

“Tetapi semangat dan impian sayang saya akan bawa bersama sampai tiba masanya saya pula akan bersama awak di sana kelak.

“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah di sana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu… Saya sayang awak, Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan arwah mavt dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan m4yat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, arwah pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Kredit -Bulletin 50 Times


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post