Jemaah Menteri memutuskan untuk tamatkan perkhidmatan lantikan politik

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri menerusi satu mesyuarat semalam telah memutuskan agar perkhidmatan lantikan politik melibatkan pengerusi dan ahli lembaga pengarah ditamatkan dengan serta merta.

Jemaah Menteri memutuskan untuk tamatkan perkhidmatan lantikan politik



Menerusi sekeping surat bertarikh 14 Disember 2022 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian turut diminta untuk memberikan kerjasama bagi melaksanakan perkara tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Asyraf Wajdi Beritahu Satu Dokumen Akan Didedah Selepas Kabinet Dibentuk. Dia Beritahu Dokumen Tu Pasal Apa


“Jemaah menteri telah memutuskan supaya Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Badan Berkanun Persekutuan, Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), Syarikat Berkaitan Kerajaan serta Syarikat Pelaburan berkaitan Kerajaan lantikan politik untuk ditamatkan dengan segera.



“Sehubungnan itu, kerjasama Datuk Seri dan Datuk diperlukan untuk melaksanakan perkara ini sewajarnya. Sekian terima kasih,” demikian kandungan surat yang tular di laman media sosial sejak hari ini.- KOSMO! ONLINE

Kredit - Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post