Sebak luahan dua beradik yang yatim piatu selepas kmatian ayah, ibu serta adik bongsu mereka.
Pertanyaan itu meruntun hati ini diluahkan oleh nenek mereka Puan Ropitah Din, 53, dua beradik Nur Aisyah Umairah, 6, dan Mohamad Hakimi Amsyar, 4, terselamat dalam nahas meng0rbankan tiga nyawa di Jalan Kampung Koh-Pantai Remis berhampiran Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan, pada malam Sabtu.
ARTIKEL MENARIK:“Ingatkan mak dengan anak!” – Abang bomba pilih wanita beza 20 tahun jadi isteri, ibu pun berkenan siap bagi lampu hijau!
Nahas sekitar jam 11 malam itu menjadikan dua beradik berkenaan yatim piatu sekelip mata apabila kedua ibu bapa mereka, Mohamad Adam Che Embi, 33, Nur Hamizza Hamdan, 32, serta adik lelaki, Mohamad Aisy Hakim, 2, terk0rban.
Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang terselamat dalam kejadian itu mengalami cdera di dada dan dahi kini menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
Ropitah yang merupakan ibu kepada Nur Hamizza berkata, dua cucunya itu berada dalam keadaan sedar dan stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya pergi untuk melihat keadaan mereka, pada mulanya tak sampai hati untuk maklumkan yang ibu bapa dan adik bongsu mereka sudah tidak ada.
Tetapi tak sangka pula kakak (Nur Aisyah Umairah) mengetahui yang ibunya sudah tiada. Dia tahu yang ibunya meninggaI ketika masih di lokasi kejadian lagi.
Sebab itu dia minta saya jaga dia dan adiknya, dia nak duduk dengan saya dan minta saya sekolahkan dia di sekolah lama ibunya, katanya ketika ditemui di Unit Perubatan F0rensik Hospital Seri Manjung di sini pada Ahad.
Menurutnya, sebagai nenek, permintaan supaya dapat menjaga mereka membuat hatinya sayu, seolah-olah mereka sudah mengetahui perjalanan yang bakal ditempuh tanpa kehadiran kedua ibu bapa di sisi.
Sudah tentu saya akan jaga mereka, sejak kecil lagi kami rapat dan mereka pun memang selalu balik kampung, katanya.
Nahas berlaku selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki lima beranak itu bertemb0ng dengan sebuah kereta jenis Chevrolet Captiva dipandu seorang wanita dari arah bertentangan.
Kejadian mengakibatkan pasangan suami isteri berkenaan bersama anak bongsu mereka terk0rban di tempat kejadian manakala pemandu Chevrolet berusia 21 tahun mengalami patah kaki.
Ropitah berkata, sebelum kejadian, anak, menantu dan cucunya singgah di rumahnya di Pengkalan Bharu, Pantai Remis.
Katanya, menantunya, Mohamad Adam yang bekerja sebagai juruteknik Tenaga Nsional Berhad (TNB) Jana Manjung juga sempat singgah di rumah ibunya di Kampung Permatang Acheh (Pantai Remis).
Mereka nampak biasa sahaja, tiada apa-apa perubahan, sebelum balik mereka ada moh0n maaf dan Adam minta doakan dia berjaya kerana ada temu duga untuk kenaikan pangkat pada Rabu depan,” katanya.
Sementara itu, kakak sulung Mohamad Adam, Salmirawati Che Embi, 46, berkata, ibu mereka masih terkej0t dengan kejadian itu.
Mula dapat berita kami tak percaya kerana baru sahaja berjumpa, tetapi apabila sudah dapat pengesahan daripada polis, barulah kami dapat terima berita ini, Mak masih dalam keadaan lemah kerana terkej0t dengan pemergian adik dan keluarga, katanya.
Ketiga-tiga jnazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkburan Islam Pengkalan Bharu selepas solat Zuhur.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya.
Salam takziah buat anak dan keluarga. Alfatihah. – Sumber dipetik dari BT
Kredit -
Post a Comment