Dakwaan Syamsul Yusof didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab apabila pengarah terkenal itu akhirnya mengakui sudah bernikah hari ini dengan Ira Kazar di Thailand.
Menurut Syamsul, dia memilih untuk bernikah dua di Thailand bagi memudahkan beberapa perkara dan perkahwinan mereka juga sudah pun didaftarkan.
ARTIKEL MENARIK:Tiada maaf bagimu – ibu Syamsul Yusof
Sementara itu, menerusi video dimuat naik di Instagram itu Syamsul mengatakan Puteri Sarah masih isterinya serta meminta aktres itu pulang ke rumah untuk berbincang.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata dia mendakwa isteri pertamanya itu membawa anak-anaknya tanpa keizinannya.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya
Kredit -rotikaya
Post a Comment