Perjumpaan Bekas Tunang Anju Dengan Ayah Anju Tidak Jadi Di Saat Akhir. Ini Kata Kata Bekas Tunang Anju Tentang Perkara Itu

Perancangan bertemu bapa bekas tunangnya, Zarina Anjoulie, terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Perjumpaan Bekas Tunang Anju Dengan Ayah Anju Tidak Jadi Di Saat Akhir. Ini Kata Kata Bekas Tunang Anju Tentang Perkara Itu



Datuk Seri Khazrul Elzey, 45, berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Jumaat berkata, dia sepatutnya bertemu dengan bapa Zarina atau Anju pada Jumaat namun terdapat halangan yang membuatkan pertemuan itu tidak kesampaian.

ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Wanita Yg Digelar Peny0ndol Hafidz Roshdi Tampil Buat Kenyataan Tentang Apa Berlaku Sebenarnya


“Saya ingat nak jumpa bapa dia pada 17 Februari tapi ada rintangan. Saya tak nak kongsi apa rintangan dia, tapi saya berserah kepada Allah SWT. Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan,” katanya dipetik mStar.

Ramai Suruh Bekas Tunang Anju Pergi Pujuk Tapi Dia Taknak. Sekali Dia Beritahu Sebab Kenapa Dia Kecewa Dgn Anju – KUCING PINK

Mengakui masih lagi mempunyai hati dengan aktres berkenaan walaupun tiada jodoh untuk bersama.

Khazrul turut menyifatkan Zarina seorang wanita yang baik, malah pelakon itu sentiasa bertakhta di dalam hatinya.

“Anju (panggilan Zarina) baik. Dia sangat baik. Dia saya letak nombor satu dalam hati saya. Mak Pova nombor satu, dia pun nombor satu dalam hati saya.

“Dua-dua sebelah kanan ada, sebelah kiri ada. Yang dah lepas biarkan lepas, nak buat macam mana,” jelasnya.

Katanya, dia sudah memujuk dan berbincang dengan Anju, namun menyerahkan urusan jodoh mereka kepada takdir selain merasakan mereka sama-sama perlu muhasabah diri atas kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Anju k0ngsi gambar mentua, netizen komen bila dpt tahu latarbelakang mentua – Vanilla Daily

Anju bersama ayah (Gambar)

“Saya sudah pujuk, dia pun ada hubungi saya. Saya pun cakap dengan dia secara lebih mendalam, dia pun sama. Cuma kena muhasabah diri dululah.




“Kalau ada jodoh nanti, kalau dia tak kahwin lagi… manalah tahu, saya kahwinlah dengan dia. Buat masa ini, dia kena belajar kesilapan. Saya kena belajar kesilapan,” ujarnya.

Dia juga sempat menjelaskan sudah tidak dapat berhubung dengan Zarina mungkin disebabkan nombor telefonnya sudah disekat.

1945257.jpg

“Kalau jodoh tak ke mana sebab kami pun sudah berkawan baik. Kami tidak mahu putuskan silaturahim. Saya ada mesej dia, tapi tak lepas.

“Mungkin ada tidak kena dengan WhatsApp atau pun dia sudah cut (sekat). Mungkin dia merajuk kot,” katanya.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم